Selamat Datang

Selamat Datang

Friday 14 August 2015

Embrace Day 3

Embrace day 3 (serangga)


Seperti biasa, untuk fasa “embrace”, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan burung, serangga dan bakau. Di sebelah pagi, ketiga-tiga kumpulan menaiki bot lebih kurang pukul 8.30 pagi untuk pergi ke kawasan bahagian masing-masing. Untuk kumpulan serangga, kami dibawa ke suatu tempat yang terdapat banyak serangga. Tempat tersebut masih tidak diberikan nama. Di situ, kami menjumpai bermacam-macam jenis serangga yang unik dan menarik seperti kumbang yang berwarna warni, lalat yang berwarna “turqoise” dan banyak lagi. Kami juga sempat merakamkan interaksi haiwan untuk pendokumentasian alam antaranya semut yang sedang membawa telurnya secara berkumpulan, anai-anai yang baru keluar dari sarang, pepatung yang datang menyerang kami secara berkumpulan. Kami berada di kawasan tersebut sehingga tengahari. Pada sebelah petang, kumpulan serangga yang terdiri daripada 6 orang, kami dipecahkan untuk melakukan 3 tugasan iaitu membuat kraftangan untuk hadiah VIP 2 orang, menyelesaikan tugasan persampelan serangga 2 orang dan lagi 2 orang menyelesaikan soal selidik sosioekonomi. Untuk kraftangan, kami telah menyiapkan jambangan bunga yang diperbuat daripada botol air bersaiz besar. Kami memotong bahagian atas untuk dijadikan kelopak bunga manakala bahagian badan botol dijadikan daunnya. Untuk sosioekonomi pula, kami dapat menemuramah seorang responden iaitu En Saleh yang bekerja sebagai ketua kampung. Dan Alhamdulillah, kami berjaya menyusun serangga mengikut perkelasan order iaitu Dermaptera, Blattaria, Odonata, Coleoptera, Lepidoptera, Hymenoptera, Isopera, Diptera, Orthoptera dan Hemiptera.


                                                Ahli kumpulan sedang mencari serangga.

No comments:

Post a Comment