Selamat Datang

Selamat Datang

Tuesday 11 August 2015

Day 3….TARAAAAAAA….

Kami memulakan pagi Ahad yang hening dengan menikmati sarapan pagi yang lazat iaitu Nasi Lemak sambil menikmati panorama Kuala Gula. Setelah menjamah sarapan, kami mendengar taklimat berkaitan serangga yang telah disampaikan oleh Dr. Salmah bt Yaakop. Pelbagai ilmu berkaitan serangga dapat kami timba untuk dijadikan panduan ketika menjalankan kerja lapangan. Kami diberi pendedahan tentang spesies serangga yang jarang ditemui. Sebelum menjalankan kerja lapangan, kami diberi taklimat oleh En Zabidi mengenai cara-cara untuk menangkap serangga menggunakan jaring dan beberapa kaedah lain. Setelah selesai taklimat, kami menjalankan praktikal pemerhatian serangga di sekitar kawasan Kuala Gula Sanctuary Resort. Pelbagai jenis serangga telah ditemui seperti belalang, kupu-kupu, pepatung, penyengat, kerengga, larva kupu-kupu, kumbang najis, lipas, ladybird, dan sebagainya. Kami menjalankan kerja lapangan selama setengah jam sebelum kembali ke Dewan Rimba II.




Seterusnya, kami mendengar taklimat berkenaan SEE Nature ABC oleh Dr. Faszly. ABC itu merujuk kepada A ; Awkward, B ; Bizarre dan C ; Cryptic. Beliau menerangkan kepada kami berkaitan alam dan elemen ketuhanan. Kami disambung dengan taklimat oleh Puan Nadiatur Akmar berkaitan mamalia. Kami didedahkan dengan pengetahuan berkaitan mamalia khususnya tentang ciri-ciri, habitat dan gaya hidup.





Selepas makan tengahari dan solat Zohor, kami meneruskan aktiviti dengan mendengar taklimat berkaitan sosioekonomi yang disampaikan oleh Dr. Zaini Sakawi. Kami kemudiannya dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberikan 1 idea bagi setiap kumpulan. Idea yg dimaksudkan adalah berkenaan pelan untuk membangunkan Kuala Gula mengikut aspek-aspek seperti New Township, ekopelancongan, cageculture dan medan ikan bakar. Kami diberi masa selama setengah jam untuk berbincang dan berkongsi idea masing-masing mengikut aspek yg ditetapkan. Setelah itu, kami kembali ke dewan untuk membentangkan idea-idea yg telah dibincangkan. Setiap kumpulan diwakili oleh seorang ahli untuk membentang. Antara idea yg telah dilontarkan adalah mengenai pelan untuk membangunkan Kuala Gula menjadi Bandar Baru Kuala Gula dan menggalakkan penduduk tempatan memasarkan sendiri hasil yg diperoleh tanpa melibatkan orang tengah seperti mana ketika ini. Seterusnya berkenaan ekopelancongan ialah mengkomersialkan industri kerang dengan mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan untuk membantu penduduk disini bagi melaksanakan projek ini. Projek ini boleh mendatangkan keuntungan kepada penduduk tempatan.

Aktiviti kami pada petang itu disambung dengan slot perkongsian santai mahasiswa bersama Encik Hardy. Beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama kami sebagai seorang jurugambar profesional. Beliau juga mengajar kami menggunakan Movie Maker dan juga teknik-teknik dalam fotografi.

Pada waktu malamnya, kami melakukan aktiviti membuat kraftangan menggunakan kulit kerang dan kertas majalah. Kami menghasilkan arnab dan ikan emas menggunakan kulit kerang dan menghasilkan bakul daripada kertas majalah.










Selepas minum malam, kami mengadakan sesi briefing bersama fasilitator berkaitan aktiviti pada esok hari dan penambahbaikan terhadap perancangan kami berkaitan aktiviti seterusnya. Akhir sekali, kami menikmati buah manggis sambil menulis jurnal harian kami sebelum bersurai.





No comments:

Post a Comment