Selamat Datang

Selamat Datang

Monday 25 February 2013

Catatan 3 Februari - 5 Februari 2013


Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana semua aktiviti yang dirancangkan sewaktu Hari Tanah Bencah Sedunia (World's Wetland Day) berjalan lancar. Sekarang, sudah masuk pusingan terakhir bagi kami di SEE Nature 2013, yang mana kami perlu menyiapkan dan mengemaskinikankan segala data hasil  kerja lapangan kami. Aktiviti berjalan seperti biasa, pada sesi pagi dan petang, kumpulan burung melakukan aktiviti pemerhatian burung, manakala pada waktu malam pula, kumpulan kelip-kelip melakukan aktiviti pemerhatian kelip-kelip.


 Pemerhatian burung, kumpulan burung.

 Pemerhatian kelip-kelip, kumpulan kelip-kelip

Pada 4 Februari, kami telah mengadakan sesi rumusan dan maklum balas mengenai Hari Tanah Bencah Sedunia (World's Wetland Day) bersama En. Prasad pada sesi pagi. Kami amat berbesar hati atas segala tunjuk ajar dan kesudian beliau membincangkan isi perbentangan kami. Jutaan terima kasih dari kami...Nasihat beliau pada kami bahawa ilmu dan pengetahuan adalah lebih bermakna jika dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Kami telah mempraktikkannya, di mana segala ilmu yang diperoleh dikongsi bersama masyarakat sewaktu hari kempen dijalankan.

 Peserta SEE Nature sedang mendengar taklimat
dari En. Prasad, turut sama, En. Ashok

 En. Prasad dan peserta SEE Nature

 En. Prasad membincangkan hasil kerja peserta
 Sesi bergambar setelah sesi perbincangan

 Sesi perbincangan berkumpulan bersama En. Prasad



Pada sesi petangnya pula, kami amat berbesar hati atas kesudian Prof. Madya Dr. Choong Chee Yen, salah seorang pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pepatung dan pepatung jarum di Semenanjung Malaysia. Kini, para peserta dapat membezakan antara pepatung dan pepatung jarum!

 Prof. Madya Dr. Choong Chee Yen

Begitulah kehidupan di sepanjang program SEE Nature, setiap detik dan saat yang berlalu, para peserta dipenuhi dengan limpahan ilmu dan pelbagai tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman. Semua pengalaman dan tunjuk ajar akan tersemat di minda dan hati sanubari kami. ^_^

-Exco Multimedia-

Saturday 23 February 2013

Hari Tanah Bencah Sedunia (World's Wetland Day )


Hari yang sangat ‘sibuk’ dan mencabar bagi kami tiba….’World’s Wetland Day 2013’..
Bagi para fasilitator…hati rasa sangat berdebar-debar untuk berjumpa dengan adik-adik dari SMK Sains Kuala Selangor, SMK Kuala Selangor dan SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Kami bertanggungjawab untuk mengiringi dan berkongi segala ilmu mengenai Taman Alam dengan ‘adik-adik’ kami sepanjang program.

 Persediaan akhir sebelum ketibaan
para tetamu & pengunjung

Antara persediaan akhir, melengkapkan
 'booth'  pameran SEE  Nature.

Beberapa ‘booth’ yang mempamerkan pelbagai maklumat berkaitan paya bakau, hidupan liar dan sebagainya turut dibuka…yang menariknya terdapat pelbagai kraf tangan dan produk-produk bakau seperti jus jeruju dan sos cili berembang turut dipamerkan…penulis sendiri berkesempatan merasai jus jeruju, salah satu jenis buah bakau, yang mana, rasanya memang lazat...UKM turut juga membuka 'booth' pada hari tersebut..

 Hasil kerja para peserta SEE Nature turut dipamerkan
 di 'booth' UKM

 'Poster' mengenai memerang yang dihasilkan
 oleh peserta SEE  Nature yang turut dipamerkan

 Antara 'booth' yang dibuka

 'Booth' Kelab Pencinta Alam Malaysia
 Antara produk bakau, jus jeruju dan sos cili berembang


 Sesi pendaftaran bagi para tetamu

Program dimulakan dengan upacara perasmian (gimmick)…selepas itu, para tetamu terhormat dihidangkan dengan jamuan dan sesi bersama sidang media.

 Ucapan Alu-aluan oleh Prof. Dr. Maketab Mohamed,
 Presiden  MNS


 Ucapan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Saran Kaur Gill,
Timbalan Naib Canselor
 Hal-Ehwal Jaringan  Industri & Masyarakat, UKM

 Ucapan oleh Puan Hajah Noraini Bt. Roslan, Y.D.P.,
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

 Upacara 'Gimmick' perasmian Hari Tanah Bencah Sedunia

 Sesi penyampaian cenderamata

Bagi para peserta SEE Nature, di sinilah tanggungjawab kami bermula…kami sebagai duta Taman alam Kuala Selangor melaksanakan kempen kesedaran alam melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang..seperti lawatan ke paya bakau, pemerhatian burung, pemantauan air dan pembersihan paya bakau. Kami amat berharap agar segala pengalaman  yang dilalui oleh adik-adik kami tersemat di hati sanubari mereka..agar segala pengetahuan dan ilmu yang kami kongsikan bersama mereka dapat disebarkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka…

 Fasilitator (peserta SEE Nature) memberi penerangan
kepada  palajar sekolah tentang  anai-anai


 Fasilitator bersama pelajar sekolah sewaktu
aktiviti pemantauan air

 Fasilitator bersama pelajar sekolah mengutip sampah
 di paya bakau

 Aktiviti menimbang dan mengklasifikasikan sampah
 yang telah dikutip.

Pada sesi petang pula..kempen kesedaran diteruskan dengan bual bicara mengenai kepentingan menjaga sumber air oleh wakil dari LUAS dan bual bicara mengenai hidupan laut. Selain itu terdapat juga tayangan video Paya Bakau yang disediakan oleh peserta SEE Nature. Program tamat pada pukul 3.30 petang.



Pada petang itu juga, setelah semua tetamu pulang…kami dibawa ke ‘North Selangor Coast’ yang terletak di Sg. Buloh untuk aktiviti ‘river cruise’….satu pengalaman yang sangat menarik….yang mana kami dibawa menaiki bot…terdapat banyak burung yang terdiri daripada pelbagai spesis seperti Grey Heron, Little Egret, Camar, Burung Bota dan Kedidi  dan lain-lain ‘mengiringi’ perjalanan kami..satu pemandangan yang sungguh luar biasa…

 Pemandangan di sepanjang pesisiran laut


 Pengalaman menaiki bot
Kami juga berpeluang menangguk kerang dan membawa bot….di samping menimba pelbagai pengalaman menarik, kami juga turut menimba pelbagai ilmu yang dikongsi oleh En. Prasad, En. Ashok dan En. Maichal, wakil dari Taman Alam dan MNS yang turut mengiringi kami pada petang itu..

 Pengalaman menangguk kerang

Syukur..atas segala pengalaman dan ilmu yang sangat berharga yang dapat ditimba sepanjang hari…semoga program seperti SEE Nature diteruskan lagi..supaya dapat memberi peluang dan manfaat kepada lebih ramai mahasiswa lagi…Ribuan terima kasih kami ucapkan atas kesudian pihak pengurusan KSNP yang memberi peluang ini kepada kami ^_^

-Exco Multimedia-

Persediaan Hari Tanah Bencah Sedunia (World's Wetland Day)


Esok (2 Februari) adalah World’s Wetland Day di mana Kempen Kesedaran Alam bersempena Hari Tanah Bencah Sedunia akan dijalankan. Oleh itu, 1 Februari adalah hari yang amat sibuk bagi kami untuk membuat persediaan untuk hari tersebut.

'Banner' Hari Tanah Bencah Sedunia


Banyak persediaan yang mesti dibuat untuk menyambut tetamu-tetamu yang bakal tiba pada hari tersebut. Semua peserta SEE Nature berganding bahu dalam membuat persediaan,"yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing"


Menggulung poster y dijadikan cenderamata untuk pengunjung
Menyediakan cenderamata untuk tetamu VIP
'Sticker', CD tentang kesedaran Alam Sekitar, bag  untuk para tetamu

Segala persediaan bersama-sama dibuat...menyediakan cenderamata, penyediaan pentas dan juga 'booth' pameran SEE Nature...

Menyediakan pentas

Menyediakan 'Booth' pameran

Kami amat berterima kasih kepada Penyelia & Penasihat Program SEE Nature, Dr.Wan Juliana Wan Ahmad dan Ketua Urusetia SEE Nature, En. Mohd Arrabe' yang turut bersama-sama dengan para peserta dalam membuat persediaan. Ribuan terima kasih dari para peserta SEE Nature atas bantuan dari kedua-duanya...terima kasih atas tunjuk ajar dan perhatian yang diberi...^_^


Dr. Wan Juliana Wan Ahmad selaku penasihat program


 En.Mohd Arrabe' ,Ketua Urusetia SEE Nature


Selain itu, wakil dari Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) turut sama memeriahkan suasana dalam membuat persediaan menghadapi 'World's Wetland Day' bersama-sama para peserta.


En. Prasad, wakil dari MNS.

Mr. Sonny Wong dari MNS

Raptai penuh juga dijalankan pada malam harinya. Alhamdulillah...nampaknya segala persediaan bagi menyambut hari yang ditunggu berjalan lancar. Para peserta tidak sabar dalam menempuh hari esok.Harapan kami, semoga semuanya berjalan dengan baik pada 2 Februari nanti!

Para peserta menjalani raptai untuk 'World's Wetland Day'

-Exco Multimedia SEE Nature-

Thursday 31 January 2013

laluan denai di Taman Alam

peta Taman Alam Kuala Selangor dibuat oleh MNS
jika dilihat daripada peta ini, 
  1. kita akan bermula berjalan kaki di pintu masuk (Entrance).
  2. kemudian kita akan berjalan kaki lebih kurang 100 m di denai Hutan Sekunder (Secondary Forest)
  3. melalui jambatan yang menjadi pemisah kiri dan kanan
  4. laluan kiri merupakan jalan terdekat ke Hutan Paya Bakau (Mangrove Forest) lebih kurang 600 m. 
  5. berdekatan pintu masuk ke Hutan Paya Bakau ada menara tinjau dan pondok memerhati burung berdekatan Tasik (Brakish Lake System)
  6. laluan di sepanjang jambatan (walkway) dalam Paya Bakau lebih kurang 300 m dan tembus jalan berdekatan tasik
  7. laluan pulang boleh patah balik semula (jalan pendek) atau mengikut jalan lain yang mengelilingi tasik (lebih kurang 1000 m)
* ini adalah anggaran Ketua Urus Setia sahaja.


jambatan yang menjadi pemisah kepada dua jalan

penghuni taman alam

denai yang redup dilindungi dengan kanopi pokok

denai yang mendamaikan

tasik pabila air penuh

tasik pabila air kering


menara tinjau

denai di tepi tasik

laluan di hutan paya bakau

ruang berehat di dalam hutan paya bakau