Selamat Datang

Selamat Datang

Monday 20 January 2014

Penyertaan dibuka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Anda dijemput untuk menyertai program SEE Nature 2014 yang akan dijalankan di Kuala Gula, Perak pada 3-13 April 2014 (10 hari) iaitu semasa cuti pertengahan semester 2.

Sekiranya anda berminat menjadi peserta program ini, sila isi borang penyertaan secara on-line. Terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Jika penyertaan mendapat sambutan, sesi temuduga akan diadakan untuk pemilihan peserta. Temuduga adalah tentang diri dan pandangan anda sahaja, tidak melibatkan soalan fakta atau saintifik. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar daripada pelbagai fakulti di dalam UKM.

Modul biodiversiti akan ditekankan seperti modul burung, hutan, serangga dan lain-lain, namun modul kelip-kelip tidak dapat dijalankan. Penginapan asrama (dormitory) dan makanan akan disediakan. Kempen kesedaran alam bersama murid sekolah rendah dan aktiviti kemasyarakatan turut akan dilaksanakan. Penyertaan ini terbuka sehingga 28 Februari 2014.

klik sini