Selamat Datang

Selamat Datang

Friday 14 August 2015

Embrace Day 2

Bagi kumpulan modul serangga, seperti biasa pada awal pagi sekitar jam 7.30 pagi kami akan sarapan pagi. Menu pada pagi ini adalah kuew tiaw goreng. Selepas sarapan pagi, sebelum kami ke jeti, kami mengambil barang-barang yang perlu dibawa seperti penyauk, ethanol dan plastik sampel untuk mencari serangga untuk menaiki bot bagi meneruskan tangkapan serangga sekitar jam 8.10 pagi. Semasa dalam perjalanan ke kawasan paya bakau, kami tidak melepaskan peluang untuk merekod pemandangan alam yang indah ini untuk dijadikan dokumentari. Setelah tiba di lokasi iaitu kawasan paya bakau, kami tidak sabar untuk mencari serangga yang terdapat di kawasan tersebut. Dalam kawasan bakau tersebut, kami mendapati tidak begitu banyak serangga yang boleh kami jumpai. Antara serangga yang kami berjaya tangkap di kawasan ini adalah daripada order hymenoptera. Bagi kumpulan kami, mencari serangga di kawasan bakau agak mencabar berbanding mencari di kawasan semak samun. Haaaa walaupun hasil tangkapan serangga hari ini tidak begitu banyak, tapi kami rasa ianya berbaloi lah juga. Tepat jam 12.00 tengah hari, kami pun pulang dan terus membuat sampel serangga tersebut. Setelah mengeluarkan serangga daripada botol yang berisi ethanol, kami menyusun dan mengumpul serangga tersebut di atas papan sampel untuk dikeringkan. Pada sebelah petang pula, kami bergerak dengan dua kumpulan di mana kumpulan pertama menyiapkan persempelan serangga dan kumpulan dua mencari responden untuk temubual tentang sosio ekonomi. Dalam perjalanan mencari responden, kami mencari lagi serangga untuk menambah bilangan yang sedia ada. Pada sebelah malam pula, setiap kumpulan akan membuat perkongsian maklumat tentang dapatan kajian sosio ekonomi di Kuala Gula ini.



No comments:

Post a Comment