Selamat Datang

Selamat Datang

Thursday 31 January 2013

laluan denai di Taman Alam

peta Taman Alam Kuala Selangor dibuat oleh MNS
jika dilihat daripada peta ini, 
  1. kita akan bermula berjalan kaki di pintu masuk (Entrance).
  2. kemudian kita akan berjalan kaki lebih kurang 100 m di denai Hutan Sekunder (Secondary Forest)
  3. melalui jambatan yang menjadi pemisah kiri dan kanan
  4. laluan kiri merupakan jalan terdekat ke Hutan Paya Bakau (Mangrove Forest) lebih kurang 600 m. 
  5. berdekatan pintu masuk ke Hutan Paya Bakau ada menara tinjau dan pondok memerhati burung berdekatan Tasik (Brakish Lake System)
  6. laluan di sepanjang jambatan (walkway) dalam Paya Bakau lebih kurang 300 m dan tembus jalan berdekatan tasik
  7. laluan pulang boleh patah balik semula (jalan pendek) atau mengikut jalan lain yang mengelilingi tasik (lebih kurang 1000 m)
* ini adalah anggaran Ketua Urus Setia sahaja.


jambatan yang menjadi pemisah kepada dua jalan

penghuni taman alam

denai yang redup dilindungi dengan kanopi pokok

denai yang mendamaikan

tasik pabila air penuh

tasik pabila air kering


menara tinjau

denai di tepi tasik

laluan di hutan paya bakau

ruang berehat di dalam hutan paya bakau




Monday 28 January 2013

26-31 Januari 2013 di KSNP

Bermulanya kuliah kepelbagaian biologi....

Terima kasih kepada pensyarah FST, Dr. Faszly Rahim, Pn. Nadiatur Akmar Zulkifli, Prof Madya Dr. Norhayati Ahmad, Dr. Izfa Riza Hazmi & Dr. Salmah Yaakob kerana sudi meluangkan masa di KSNP untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing.

Dr. Faszly Rahim-menyampaikan kuliah tentang
'the Awkward, the Bizarre & the Cryptic'

 Pn. Nadiatur Akmar Zulkifli sewaktu sesi kuliah
kepelbagaian biologi mengenai memerang.

 Dr. Izfa Riza Hazmi sewaktu kuliah mengenai kumbang.

 Dr. Salmah Yaakob, menyampaikan kuliah mengenai
'hymenoptera'.
 Prof Madya Dr. Norhayati Ahmad sewaktu kuliah
'climate change and biodiversity' & 'terresterial fauna'


Sesi praktikal kepelbagaian biologi turut dijalankan...

 Mentadak mentadu dan serangga kayu yang diawet

 Serangga 'kayu'
 Kalajengking yang diawet

 Peserta memerhatikan struktur serangga menggunakan
mikroskop.

 Antara serangga-serangga yang diawet

 Dr. Faszly sewaktu  menunjukkan demonstrasi
mencari serangga seperti anai-anai.

 Mencari anai-anai di kayu reput.

 Para peserta sewaktu sesi praktikal.

 Penyediaan serasah daun.

 Membina plot quadrat 4x5 meter

 Perangkap 'pitfall' yang dipasang bagi menangkap
serangga yang merayap.

 Perangkap 'Yellow Pan Trap' digunakan bertujuan menarik
perhatian serangga.

 Menangkap serangga terbang menggunakan jaring.
 Pemasangan 'Light Trap' pada waktu petang.

 Mengutip serangga di 'Light Trap' pada waktu malam.

Sesi pemerhatian burung & kelip-kelip berjalan seperti biasa mengikut kumpulan.

Banyak ilmu yang kami perolehi...Yang istimewanya, walaupun kami datang dari pelbagai jurusan yang berbeza, kami kini mengetahui pelbagai teknik memerangkap serangga. Di samping itu, wujud kesedaran dalam diri kami mengenai kepelbagaian hidupan yang ada di sekeliling kami. Tahukah anda, serangga di sekeliling anda boleh mendatangkan manfaat dan mudarat? Kini kami tahu..semoga segala pengetahuan dapat dimanfaatkan untuk mentadbir dan mengurus alam dengan lebih baik lagi... ^_^

-Exco Multimedia-

Wednesday 23 January 2013

Hari ke-5 di KSNP


Sesi lapangan bermula pada pukul 7.30 pagi. Aktiviti pemerhatian burung ini tamat pada pukul 10 pagi. 


Aktiviti pemerhatian burung yang diiringi oleh En. Ashok 


Aktiviti Seterusnya adalah sesi teori yang dikendalikan oleh En. Sonny Wong bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari. Semua peserta didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai kelip-kelip seperti spesis kelip, perbezaan antara kelip-kelip jantan dan betina, kitar hidup kelip-kelip, taburan, habitat, ciri-ciri dan pelbagai maklumat mengenai kelip-kelip. Peserta turut didedahkan dengan teknik-teknik dan kaedah untuk mencerap kelip-kelip.

 En. Sonny Wong sewaktu kuliah mengenai kelip-kelip


 En. Sonny Wong menunjukkan demonstrasi
menggunakan GPS


Sekali lagi peserta dibantu oleh En. Michal dan En. Ashok menjalani sesi lapangan di sekitar KSNP. Pelbagai jenis burung yang dapat dicerap seperti helang kuik, burung bulbul dan burung tukang besi.


 Taklimat oleh En. Maichal

 Burung helang kuik

 Monyet di KSNP

Pada malam hari, peserta turut menjalani sesi praktikal pemerhatian kelip-kelip bersama En. Sonny Wong. Aktiviti yang dijalankan di hutan KSNP bermula pada pukul 7.45 malam dan tamat pada pukul 10.30 malam. Sepanjang sesi praktikal, peserta dapat mencerap dua spesis kelip-kelip, habitat kelip-kelip dan larva. Aktiviti ini memberikan satu pengalaman baru dan kepuasan kepada peserta.


 Kelip-kelip yang dijumpai oleh peserta

Kesimpulannya, hari ini merupakan hari yang sangat bermakna buat semua peserta. Pengalaman masuk ke hutan pada waktu maklam untuk mencerap kelip-kelip adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Terima kasih kepada En Sonny Wong atas tunjuk ajar beliau…Semoga hari esok peserta dapat memperolehi  lebih banyak pengalaman dan pengetahuan… ^_^


-Exco Multimedia-

Tuesday 22 January 2013

Pengalaman Hari Ke-4 di KSNP

Aktiviti pemerhatian burung di sekitar KSNP  bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga jam 10 pagi yang dikendalikan oleh En.Maichal dan En. Ashok. Ianya merupakan pengalaman pertama buat para peserta.

 Peserta sedang mendengar taklimat ringkas oleh En. Maichal
     

 En. Maichal, En. Ashok dan En. Sharul yang turut sama
mengiringi peserta menjalani sesi lapangan pemerhatian burung.
                                         

Antara burung-burung yang dilihat:

 Grey Heron
                                                                   

 Burung kedidi yang dilihat sewaktu sesi lapangan
                                                                 

Para peserta sedang memerhatikan burung....

 Peserta sedang memerhatikan burung di menara pemerhati.
 Peserta sedang memerhatikan burung
di tasik.
 Pemerhatian burung di menara pemerhati.

Sesi teori dan pemerhatian burung telah pada hari ini telah dijalankan bersama bersama En. Andrew.      

 En. Andrew sewaktu kuliah pengenalan
burung.

 En. Andrew menerangkan tentang peta laluan
pemerhatian burung KSNP


 En. Andrew sewaktu sesi lapangan pemerhatian burung.
    
                                    
semoga lebih banyak pengetahuan dan pengalaman yang dapat diperolehi pada esok hari... ^_^

-exco multimedia-

Monday 21 January 2013

laporan hari ketiga di KSNP

[3rd day of SEE Nature in KSNP]

alhamdulillah jam 12.15 tgh hari kami selamat sampai dan disambut oleh petugas MNS dan KSNP..

 Taman Alam Kuala Selangor
(Kuala Selangor Nature Park)


 En. Maichal memberi sedikit penerangan kepada peserta

 En. Ashok yang turut sama menyambut
ketibaan peserta

 Asrama kediaman peserta

 Peserta dibawa melawat kawasan sekitar KSNP oleh En. Ashok

[jam 6 petang]
Alhamdulillah.....selesai berjalan ke Bukit Melawati dan mendaki anak tangga 114 anak tangga..semput dibuatnya... Tetapi kenangan yang amat manis buat kami kerana dapat melihat dari jarak yang agak dekat sepasang burung oriental hornbill sedang bertenggek di atas dahan pokok...

 Peserta menaiki tangga menuju Bukit Melawati

 114 tangga medaki Bukit Melawati


 Rumah api yang terdapat di puncak
 Bukit Melawati yang masih lagi berfungsi.

 En. Ashok turut sama mengiringi peserta melawat
Bukit Melawati

 Salah satu kawasan bersejarah di puncak Bukit Melawati

 Burung enggang yang dapat dilihat oleh peserta.

Selepas melawat Bukit Melawati, para peserta  menuju ke Kampung Kuantan untuk menaiki bot dan melihat kelip-kelip dari jarak dekat...

 Pemandangan dari jeti pada waktu petang.

 Pemandangan senja dari jeti; di kiri dan kanan sungai terdapat
pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip.

 Peserta SEE Nature sebelum menaiki bot.

 Buah berembang.

[jam 10malam]
Pelbagai reaksi para peserta selepas melalui pengalaman menaiki sampan sambil melihat kelip-kelip...sangat teruja dan menarik. Pakcik-pakcik yang mendayung sampan turut berkongsi maklumat dan menitipkan pesanan dan nasihat.....bagusnya! Kini peserta dapat mengenali spesis kelip-kelip melaui cara kelip-kelip berkelip.Selain itu, peserta juga dapat mengenali pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip dan merasai sendiri buah berembang. Rasanya sedikit masam...sedap..!

sekarang dalam perjalanan pulang ke Taman Alam Kuala Selangor untuk makan malam dan berehat... Esok masih banyak aktiviti dan ilmu menanti kami!
Bi iznillah...
- urus setia perhubungan-