Selamat Datang

Selamat Datang

Saturday 25 October 2014

 Hai semua..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. hari ini kawe nok crito pasal Kempen Kesedaran Alam (KKA) yang melibatkan 2 buah sekolah rendah dan penduduk kampung. Cerita sini tamat kat sini jela ehhh.. Jom saksikan..



Baiklah, seramai 40 pelajar sekolah rendah telah melibatkan diri dalam KKA ini di mana 20 orang pelajar adalah dari Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dan 20 orang dari Sekolah Kebangsaan Kuala Gula.



Setelah selesai pendaftaran pelajar, pelajar diminta duduk mengikut sekolah masing-masing untuk mendengar sedikit pengenalan daripada ketua fasi dan Dr. Wan Juliana. Setelah itu, pelajar diminta untuk melakukan senamrobik.



Nak dikatakan kan..semua adik sekolah ni manja-manja dan comel-comel belaka hinggakan akak-akak dan abang-abang fasi rasa macam nak cubit-cubit je haaaa..
Usai senamrobik, majlis diteruskan dengan ice breaking di mana pelajar perlu bermain satu permainan iaitu telefon rosak. Seterusnya di teruskan dengan perkongsian 3 slot iaitu fizik, kimia dan biologi.





Setelah itu, pelajar diberi masa untuk melihat eksperimen dan pameran oleh fasilitator. Setelah itu, pelajar diiring oleh fasi untuk melengkapkan modul praktikal di sekeliling KGSR.
Aktiviti digamatkan lagi permainan pisang goreng di mana pelajar-pelajar perlu melawan fasilitator. Cuba teka siapa menang? Jeng jeng jeng…



Setelah itu, dewan Murai begitu meriah apabila pelajar dibekalkan dengan peralatan seperti kertas mahjung dan alat tulis dan mereka dikehendaki untuk melukis imagiinasi masing-masing seterusnya membentangkan karya mereka. Mereka juga perlu menghasilkan sesuatu menggunakan bahan kitar semula.














Oklah.. nak stop kat sini. Nak kene tido awal sebab aktiviti esok lagi syiokkkkkk…jadi kenalah sedia awal-awal..babaiii




Sekian, wassalam.

Pengembaraan SEE Nature ( Jumaat-24/10/14)

      Assalamualaikum semua..salam sejahtera dan salam perpaduan. Bertemu lagi kita dalam kisah pengembaraan SEE Nature bukan pengembaraan Upin dan Ipin ye.. hehe..



      Detik ini, saya nak kongsikan cerita tentang program yang telah kami lakukan bersama penduduk kampung iaitu Hari Sukaneka bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Hari Sukaneka ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara peserta SEE Nature dan penduduk kampung Tersusun.



      Ia juga diadakan adalah untuk memupuk sifat kerjasama dalam pasukan dan melahirkan pelajar yang dapat melakukan kerja dalam suatu organisasi. Yang pastinya, apa yang kita dapat selepas mengadakan aktivti tersebut tidak dapat diungkap dengan kata-kata dan hanya dapat menzahirkan melalui senyuman. Haa..ceq senyum je memanjang tambah-tambah lagi bila abang Man turut serta dalam aktiviti ini. Haha.. jangan ambil hati ceq cuma bercanda. Sebenarnya kami nak tunjuk yang kami hargai kerjasama dari penduduk-penduduk kampung ni haa..


Ni la abang Man.. :)


         Bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan sempurna, kami telah mengadakan beberapa perbincangan bersama pengarah projek selama 3 hari berturut-turut pada fasa embrace. Kami juga telah mengedar flyers kepada penduduk kampung supaya mereka mendapat maklumat tentang aktiviti yang diadakan.


                  




         Antara aktiviti yang dilakukan adalah kopek kerang. Almaklumlah penduduk kat sinikan semuanya terror-terror kopek kerang. Jadi kami nak la tahu sape yang paling terror dalam acara ini. Memang terbukti penduduk kampung Tersusun begitu handal dan cekap dalam acara ini.   





                         

      Selain itu, terdapat juga acara seperti boling padang, cari gula-gula dalam tepung dan bermain bola sepak berkain batik. 


Mak Teh paling sporting..!



Yeayy dapat main bola..syiokkk habis..








Adik-adik yang menjadi penyeri sukaneka

                 Alamak, lupa nak angkat baju pulak. Nampaknya, pertemuan kita setakat ini sahaja. Moga berjumpa di lain hari.


Sekian,wassalam.

Thursday 23 October 2014

PENGEMBARAAN SEE NATURE

Assalamualaikum..

Hai semua..apa khabar? 
Jumpa lagi kita pada episod hari ini. Yang penting hari ini ambo banyak cerita yang nak dikongsikan. Pasal pa? Mestila pasal abang man dulu. Nak tahu siapa abang Man, jom dengarkan pantun ini..


Pergi kuala gula membeli kuini,
Memakai baju berwarna kuning,
Antara abang-abang nelayan kat sini,
Abang man laa paling happening.



    Sedih sangat-sangat hari ini sebab abang Man tak dapat teman kami semua menjelajah di sungai Gula tapi..haaaa ada kisah gembira disebalik kedukaan itu.. cerita apa? Hehe..
Okaylah, hari ini kita teruskan cerita dengan aktiviti kerja lapangan. Kita mulakan dengan kumpulan burung, seperti biasa mereka meneruskan aktiviti mereka mencari burung-burung di sekitar KGSR menggunakan binokular bagi memantapkan lagi modul burung.



    Bagi kumpulan serangga mereka telah memulakan proses pengawetan serangga mengikut beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Mereka juga telah berjaya menemu ramah penduduk kampung tentang pembuatan ketam lembut. Hebatkan?? Mestila hebat..



    Bagi kumpulan hutan pula, mereka telah berjaya menyiapkan kerja yang diberi pada hari sebelumnya dan hanya perlu menjemur spesimen di bawah cahaya matahari. Haaa ni nak oyak sikit pasal kumpulan ni, semasa penjelajahan hutan paya bakau, mereka telah berhenti di suatu kawasan yang mana tercetusnya perang lumpur antara mereka. Alahai dapat juga merasa mandi lumpur yang dalamnya sehingga paras lutut. Setelah itu, mereka berhenti untuk melihat nelayan menjala udang dan sempat untuk mencuci bot( dah pandai buat kotor kene la cuci kann).















     Haa berbalik pasal kisah abang Man, pada ketika kami (modul hutan) menyusuri sungai, tetiba kami terpandang kelibat seseorang yang kami kenali. Siapa? Abang Man… Apa yang abang Man buat? Abang Man tengah tangkap ikan rupa-rupanya. Siap lambai-lambai ke arah kami lagi.  Alahai, patutlah tak dapat ikut kami hari ini. Ok habis cerita abang Man, sambung cerita kita pula.


    Setelah itu, pada pukul dua kami teruskan aktiviti bebas di mana semua peserta di beri masa untuk menyiapkan modul masing-masing memandangkan hari ini adalah hari terakhir untuk fasa embrace .


    Pada sebelah malam pula,seperti biasa kami perlu membentangkan tentang hasil kerja masing-masing dan membincangkan tentang aktiviti Kempen Kesedaran Alam. Malam ini nampaknya semua memberikan respon yang bagus supaya program akan berjalan dengan lancar untuk fasa educate nanti.

  
    Uwargghhh.. Nampak nya ceq dah ngantuk ni.  Nak sambung tido dulu, nanti kita bercerita lagi pada hari yang mendatang. Jangan lupa untuk mengikuti kisah pengembaraan kami untuk hari esok.



Sekian, wassalam.

Wednesday 22 October 2014


Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


      Hmm pejam celik pejam celik sudah hari ke- 5 kami berada di Kuala Gula. Banyak maklumat yang telah kami dapat tau. Rugi kalau korang tak join program SEE Nature ni. Banyak kebaikan pulak tu. Haa!! korang mesti nak tau apa aktiviti - aktiviti yang kitaorang buat lagi kan??. Jom kami cerita. Sebelum aktiviti - aktiviti seterusnya dijalankan kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Hutan, Burung, dan Serangga. Kami telah dibahagikan berdasarkan sebab - sebab yang telah diberikan oleh setiap peserta untuk setiap modul. Setiap kumpulan ada 7 orang dan setiap kumpulan ini harus menyiapkan tugasan - tugasan yang telah diberikan. Pada pukul 8.30 pagi kumpulan hutan dan burung menaiki bot untuk mengkaji hutan paya bakau yang kaya dengan pokok-pokok bakau dan hidupan air dan di darat. Manakala kumpulan serangga pula di Ban Chu Kau.












          Untuk kumpulan Hutan, kami dapat banyak jenis pokok - pokok bakau iaitu pokok gedabu, bakau minyak, bakau kurap, pokok api-api jambu, pokok api-api ludat, pokok api-api putih, pokok api-api hitam, lenggadai dan sebagainya. Kami mengkaji dari segi akar, daun, buah, dan bunga pokok bakau tersebut. Akar terbahagi kepada 3 jenis iaitu akar jangkang, akar pensel dan akar lutut. Setiap pokok bakau mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi warna dan bentuk.  





         Untuk kumpulan  burung pula, kami banyak menemui burung-burung yang cantik seperti burung raja udang, burung helang merah, burung puchung, burung kendi kaki merah, burung botak upih dan lain-lain. Burung botak upih merupakan burung terbesar di Malaysia dan ianya hanya terdapat di Kuala Gula.





         Untuk kumpulan serangga, kami menemui seranngga-serangga seperti kumbang, belalang, pepatung dan lain-lain. Selepas kami menangkap serangga tersebut, kami membuat pensampelan dan pengawetan.





           Pada waktu petang, kami menjalankan aktiviti sosioekonomi di mana kami menemubual dan menjalankan kaji selidik di kawasan kampung terdekat iaitu KG Tersusun. 


Post Publisiti dan Multimedia

Tuesday 21 October 2014

Pengembaraan SEE Nature (Hari Ke-4)


Assalamualaikum..

    Pada hari Isnin (20/10/2014), merupakan hari ke-4 bagi kami untuk program ini.  Pada pukul 7.30 pagi, ada sedikit taklimat ringkas daripada PM Dr. Wan Juliana Wan Ahmad.  Sesi ini ialah untuk mengenali peserta, dan untuk mengenal apa masalah dan pendapat daripada peserta sepanjang program ini.  Seterusnya, kami pergi ke PERHILITAN dengan berjalan kaki, di mana di sana kami dapat melihat sedikit pameran tentang burung-burung, dan hutan paya bakau yang ada di Kuala Gula ini. Kami juga diberi taklimat oleh seorang pegawai yang bertugas di sana,En. Safiee .  Melalui taklimat ini, kami dapat mengetahui bahawa PERHILITAN berfungsi sebagai konservasi Ex-Situ dan In-Situ, ekopelancongan, pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam, perundangan dan penguatkuasaan serta kawasan perlindungan bagi haiwan-haiwan.  Selain itu, kami juga dapat mengetahui akan jenis-jenis burung yang wujud di Kuala Gula ini.





 En. Safiee

 PM Dr. Wan Juliana Wan Ahmad memberikan cenderahati penghargaan kepada En. Safiee




    Setelah selesai aktiviti di PERHILITAN, seterusnya kami membuat lawatan pula ke Jabatan Perhutanan Negeri Perak di mana tempat ini merupakan Pusat Eko-Pelajaran Matang-Larut.  Di mana di sini kami diberi taklimat oleh  En. Nadzruddin tentang kepentingan hutan paya bakau dan sebagainya.  Selain itu, kami juga dibawa oleh fasilitator mengelilingi hutan paya bakau di situ. Seterusnya, kami membuat sedikit lawatan ke Pusat Penghasilan Kayu Arang, di mana di sini  En. Nadzruddin menerangkan tentang cara-cara membuat arang dan di mana sebenarnya hasil arang itu.  Kami juga dapat melihat dapur yang membuat arang serta cara-caranya itu sendiri dengan mata kami sendiri.  Selesai sahaja lawatan tersebut, kami bergerak semula ke bahagian hutan paya bakau untuk melalui sendiri pengalaman menanam paya bakau.  Kami harus memasuki lumpur untuk menanam pokok tersebut dengan meletakkan lumpur di dalam poli bag, seterusnya mencucuk salah satu pucuk kayu bakau ke dalam poli bag tersebut.  Bag itu kemudiannya kami letakkan di tempat persemaian.


En. Nadzruddin


Peserta bersama En. Nadzruddin

   Pada malamnya, kami dibahagikan modul oleh fasilitator-fasilitator.  Ada 3 modul, iaitu modul Hutan Paya Bakau, Serangga dan Burung.  Seterusnya, kami perlu duduk di dalam kumpulan dan membincangkan serta membentang tentang kaedah pensampelan yang akan kami gunakan serta plot dokumentari kami nanti.  Slot tamat pada pukul 12.00 a.m.


Post Publisiti dan Multimedia~

Monday 20 October 2014

Pengembaraan SEE Nature - Hari Ke-3


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

    Pejam celik-pejam celik, sekejap sahaja hari pengembaraan kami sudah masuk hari ke-3.  Jadi apa yang nak diceritakan hari ni ya?  Pada hari ini, kami lebih banyak mempelajari tentang serangga, cara-cara pemerhatian dan pendokumentasian, sosio-ekonomi, kraftangan serta cara-cara untuk menangkap gambar serta video.

   Pada pukul 8.15 pagi, kami mendengar sedikit perkongsian daripada Dr. Izfa Riza Hazmi dan Dr. Salmah Yaakop tentang "Serangga", di mana tajuk ini merupakan salah satu daripada modul yang harus kami pelajari serta kuasai supaya dapat diajar pada orang lain di masa akan datang.  Melalui slot ini, kami dapat mengetahui bahawa sebenarnya 80% serangga yang merangkumi muka bumi ini. Selain itu, kami juga dapat mempelajari tentang pengelasan saintifik serta kumpulan serangga. Sebagai contoh, kupu-kupu dan rama-rama berada di dalam kumpulan Lepidoptera.

 Pada pukul 10.30 pagi pula, kami teruskan aktiviti kami dengan praktikal serangga.  Kami sendiri pergi ke luar untuk menangkap serangga.  Kami diberikan satu alatan seperti "net" untuk aktiviti ini.
Di sini, kami dapat mempelajari cara-cara untuk menangkap serangga dengan menggunakan sauk serta dapat mengetahui akan keindahan makhluk ciptaan Tuhan dengan memerhati serta meneliti struktur tubuh serangga tersebut apabila telah berjaya ditangkap.







   Pada pukul 11.30 pagi pula, aktiviti kami diteruskan lagi dengan slot "Pemerhatian & Dokumentasi Alam" oleh Pn. Nadiatur Akmar.  Di sini, beliau menerangkan tentang ciri-ciri Mamalia, kaedah-kaedah cerapan serta barang yang diperlukan apabila ingin melakukan pemerhatian terhadap haiwan.
Seterusnya, Dr. Faszly Rahim pula menerangkan tentang cara-cara membuat dokumentari serta menunjukkan beberapa contoh daripada hasil kerjanya.

  Pn. Nadiatur Akmar

Dr. Faszly Rahim 

  Pada pukul 2.00 petang pula, sesi bersama En. Hardy.  Beliau mengajar tentang perkara-perkara yang perlu dititik-beratkan semasa membuat filem ataupun dokumentari.  Pada pukul 3.10 petang pula, aktiviti disambung dengan slot perkongsian Sosio-ekonomi oleh Dr. Zaini Sakawi.  Beliau menerangkan tentang keperluan kajian SE, cara pensampelan dan sedikit kaedah kajian.  Beliau juga memberikan kami 3 soalan sebagai tugasan.  Slot ini tamat pada pukul 4.00 petang.  Pada pukul 4.30 petang pula, slot bersama dengan Sahabt Hutan Bakau (SHB) pula.  Kami diajar tentang cara-cara membuat kerongsang serta bakul dengan menggunakan majalah.

 En. Hardy menunjukkan peralatan yang digunakannya dalam mengambil gambar

 En. Hardy menunjukkan pakaiannya ketika memasuki hutan

 Dr. Zaini Sakawi

Foto
Foto beramai-ramai bersama Dr. Zaini Sakawi

Slot bersama SHB

  Pada pukul 7.08 malam, kami mula bertolak ke Kg Dew untuk memulakan misi kami dalam melihat kelip-kelip.  Setibanya kami di sana, kami menaiki bot dan dapat menikmati sendiri akan keindahan ciptaan Tuhan.  Kelip-kelip dikatakan akan mula berkelip pada pukul 7.45 malam oleh pengemudi bot.
Sepanjang perjalanan di dalam bot, masing-masing cuba untuk mengambil gambar dan video kelip-kelip yang bercahaya, tetapi malangnya ia amat sukar.  Walaubagaimanapun, ia merupakan suatu pengalaman yang menarik.




   Kami bertolak semula ke resort pada pukul 9.25 malam.  Setibanya kami di sana, aktiviti kami disambung dengan slot bersama En.Hardy bersama-sama isterinya.  Beliau menunjukkan hasil-hasil kerjanya kepada kami sebagai inspirasi untuk kerja-kerja yang akan kami lakukan.  Manakala isterinya pula mengajak kami bermain dengan permainan 'matematik' yang dibawanya.



 Slot tamat pada pukul 12.30 malam.

Post Publisiti dan Multimedia