Selamat Datang

Selamat Datang

Wednesday 12 August 2015

Dayyyyyyyyyyy 4 .................... !!!Jeng jeng jeng!!! .............

Assalamualaikum w.r.t kepada semua pencinta alam.

Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk terus menikmati dan menghayati keindahan alam sekitar di atas bumi ciptaan Allah S.W.T. Hari ini merupakan hari keempat kami semua berkampung di Kuala Gula Sanctuary Resort, Bagan Serai, Perak.

Kami memulakan hari ini dengan melakukan lawatan ke Kuala Gula Bird Sanctuary PERHILITAN dengan berjalan kaki beramai-ramai. Tempat tersebut tidak jauh dari tempat penginapan kami. Sesampainya kami di PERHILITAN, kami telah disambut oleh Encik Safee dan dialu-alikan untuk melihat spesies-spesies burung yang terdapat di Kuala Gula yang telah sedia diawet dan ditempatkan di dalam cermin pameran. Antara spesies burungnya adalah Lang Merah (Haliastur indus), Kedidi Pasir (Actitis hypoleucos), Pekaka Bakau ( Halycon chloris), dan sebagainya. Kemudian, selepas selesai melakukan lawatan melihat pameran burung, Encik Safee memberi sedikit penerangan dan asal-usul Kuala Gula.


Selepas itu kami semua bertolak ke Pusat Eko-Pelajaran Matang Larut untuk mendengar sedikit taklimat hutan paya bakau oleh salah seorang pegawai di sana yang mahir dan pakar mengenai hutan paya bakau. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, pegawai tersebut membawa kami melawat hutan paya bakau yang berada di sekitar Pusat Eko-Pelajaran Matang Larut. Sambil membuat lawatan, pegawai tersebut menunjukkan beberapa spesies paya bakau dan ciri-ciri paya bakau tersebut. Antara spesies bakau yang terdapat adalah seperti Bakau kurap ( Rhizophora mucronata), Bakau minyak ( Rhizophora apiculata), Perepat (Sonneratia alba), Berembang (Sonneratia caseolaris), Tumu merah (Bruguiera gymnorhiza) dan sebagainya.







Kemudian, kami dibawa ke tapak semaian pokok paya bakau untuk menanam benih pokok bakau. Benih yang disemai itu akan ditanam semula sebagai pokok ganti yang telah ditebang untuk dijadikan kayu arang untuk diimport Jepun iaitu negara yang dominan menggunakan kayu arang dan juga produk-produk sampingan daripada pembakaran kayu arang seperti losyen, air wap hasil daripada pembakaran kayu arang dan sebagainya.


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke kilang kayu arang yang terdekat. Hal ini membolehkan para peserta mengetahui produk yang dihasilkan oleh negara Malaysia dan kemudiannya diimport ke Jepun. Kayu bakau dipotong setinggi 1.6 meter sahaja dan diameternya ialah 25 cm. Selepas melalui proses pemotongan , kemudian kulit diasingkan daripada kayunya. Kayu arang dibakar selama 10 hari menggunakan api besar dan diteruskan selama 15 hari menggunakan api kecil dan disejukkan selama 15 hari. Pintu rumah arang akan disimen sepenuhnya untuk proses penyejukkan. Kemudian, apabila arang sudah sejuk sepenuhnya, pintu rumah arang akan dipecahkan dan arang akan dikeluarkan untuk dipasarkan ke dalam dan luar negara.


Ganjaran daripada hasil dapat menjawab soalan Prof. Dr Wan Juliana Binti Wan Ahmad mengenai modul hutan paya bakau, para peserta diberi ganjaran Mee Udang terkenal di Perak . Fuhhhhhh !!!! Terbaekkkk !!!! Thank You See Nature !!!

Kemudian, kami bertolak pulang ke KGSR untuk berehat dengan sepenuhnya sebelum melakukan aktiviti yang seterusnya. Pada jam 8 malam , para peserta diarahkan untuk berkumpul bagi acara kemuncak dalam program See Nature iaitu pemilihan modul masing-masing. Untuk berlaku adil , kami diarahkan untuk memilih modul dan memberi alasan yang kukuh bagi pemilihan modul. Sementara menunggu sesi membahagikan peserta mengikut 3 modul yang dilakukan oleh panel yang adil , para peserta diberi peluang untuk melakukan sesi merehatkan minda, kami bermain “combat” . Ia merupakan permainan yang menyeronokkan untuk menguji kepekaan setiap peserta. Sehabis program, para peserta diarahkan untuk melengkapkan jurnal harian masing-masing. Kemudian, para peserta diarahkan memasuki asrama untuk berehat dan tidur.

Nantikan perjalanan kami di hari seterusnyaaaaaaa............  XOXO


                                                             

No comments:

Post a Comment