Selamat Datang

Selamat Datang

Wednesday 16 April 2014

Kempen Kesedaran Alam dan Majlis Penutup

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... =)

Go SEE Nature!

Pada 13 April 2014, telah diadakan Kempen Kesedaran Alam terhadap murid-murid sekolah rendah di tiga buah sekolah di Kuala Gula, Perak. Antaranya ialah SK Kuala Gula, SJK (C) Yuk Hwa dan SJK (T) Ladang Gula. Kesemuanya terdapat 60 orang murid dimana setiap sekolah menghantar 20 orang peserta.

Permulaan aktiviti selepas sarapan bersama peserta adalah aktiviti 'ice breaking' iaitu para peserta melukis tapak tangan masing-masing dan setiap jari ditulis nama, tarikh lahir, makanan dan minuman kegemaran, hobi dan cita-cita. Sebelum itu, ketika sesi pendaftaran setiap peserta diberikan batang ais krim yang berwarna seperti kuning, oren, biru, ungu, merah dan lain-lain. Ini untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Sesi pendaftaran

Peserta drpd SJK (C) Yuk Hwa








Untuk acara memanaskan diri, para fasilitator bersama peserta melakukan sedikit senaman badan yang comel yang kami namakan 'tarian wuuuu'. Hehehe..







Tarian wuuuu~~~

Selepas itu, aktiviti Explorace a.k.a mencari harta karun berkenaan sains dilakukan. Setiap kumpulan akan melalui setiap 6 checkpoint di sekitar Kuala Gula Sanctuary Resort. Disini para peserta diterapkan tentang ilmu graviti, tekanan (pressure), kemahiran berfikir dan sebagainya. Ini adalah untuk mencetus minat pelajar sekolah terutama luar bandar untuk menceburi bidang sains. Dapat dilihat para peserta berasa teruja dan gembira melakukan aktiviti ini sambil melakukan cheers kumpulan masing-masing. :)


abg Firdaus sebagai fasilitator

Cheers kumpulan 'kami comel'




Selepas itu, kami semua membuat aktiviti membina replika daripada kertas surat khabar berkaitan alam. Antara yang popular adalah replika haiwan seperti burung, ikan, dan ular. 






Selepas makan tengahari, peserta menonton filem kartun 'Larva'. Sangat menarik ceritanya. Di samping itu, terdapat juga pameran mengenai modul peserta program SEE Nature iaitu, modul burung, serangga dan hutan paya bakau. Kami juga mempunyai slot perkongsian bersama peserta mengenai modul masing-masing. Ini adalah termasuk dalam 'EDUCATE NATURE phase'. Para peserta kempen ini diberi pendedahan mengenai kepentingan alam sekitar kepada kita sebagai manusia. Selain itu, untuk menarik perhatian peserta, setiap modul mempunyai kuiz yang perlu dijawab dan peserta akan mendapat hadiah. Berebut-rebut adik-adik kita hendak menjawab soalan.


  







 VIP -VIP Majlis Penutup SEE Nature 2014

Wakil Naib Canselor HEJIM UKM
Miss Praba

Menanam anak benih pokok bakau sebagai
gimik majlis penutup
Pada akhirnya, kami sebagai peserta program SEE Nature 2014 berasa amat gembira dan belajar banyak ilmu mengenai alam sekitar yang mana kita patut lebih menghargai anugerah daripada Tuhan. 


"Looking beauty in the world, is the first step of purifying the mind"




Post Publisiti dan Multimedia 2014


Friday 11 April 2014

Hari ke-7

Jumaat 11 April 2014

Pagi ceria kami bermula dengan melakukan tinjauan rumah penduduk tempatan. Tinjauan ini adalah sempena aktiviti sosio-ekonomi yang harus kami lakukan dengan bantuan Dr. Zaini, iaitu pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Tinjauan kami bermula dari jam 8 pagi hingga ke 10 pagi. Para peserta dibahagi kepada 3 kumpulan, iaitu mengikut kumpulan asal modul. Kumpulan burung dan serangga melakukan tinjauan di Jalan Pipit, manakala kumpulan hutan paya bakau melakukan tinjauan di lorong pertama di Kampung Tersusun.


Mengisi borang soal selidik



Apabila tamat sesi tinjauan, kami diberi taklimat mengenai Kempen Kesedaran Alam oleh saudara Arrabe’. Selepas itu, kami berkumpul untuk melakukan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran generik para peserta. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ‘Dengarlah Ucapanku’, ‘Pereka Teknologi Alam’ dan ‘Skrip Cerpen Mantap’. 


Pemantapan kemahiran generik

Dengarlah ucapanku merupakan aktiviti untuk melatih dan memupuk keyakinan peserta untuk berucap di khayalak ramai. Manakala, pereka teknologi alam pula melatih peserta untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Skrip cerpen mantap pula melatih peserta untuk berfikir dengan pantas dan kreatif.







Pada sebelah petang, kami meneruskan perbincangan untuk Kempen Kesedaran Alam. Kemudian, pada jam 5 petang pula, kami bersukan bersama belia dan penduduk tempatan. Peserta lelaki bermain bola sepak bersama belia lelaki, manakala peserta perempuan pula bersukan bersama kanak-kanak dan penduduk tempatan. Kebanyakan sukan yang dimainkan ialah sukan rakyat seperti ‘pukul berapa datuk harimau’ dan lain-lain lagi.

Peserta bermain bola sepak bersama belia kampung

Aktiviti bersama masyarakat


Pada waktu malam pula, kami meneruskan perbincangan untuk Kempen Kesedaran Alam dan perbincangan kami berakhir dengan awal untuk kami beristirehat.

Secara keseluruhan, hari kami untuk hari ini berakhir dengan ceria dan gembira meskipun agak penat dengan aktiviti yang padat.


Untuk itu, sehingga berjumpa lagi =)



Post Publisiti dan Multimedia 2014

Thursday 10 April 2014

Hari ke-6 program SEE Nature 2014

Khamis, 10 April 2014

Hari ini merupakan hari terakhir bagi fasa EMBRACING. Seperti hari yang sebelumnya, waktu pagi kami iaitu dari jam 8 hingga 12 tengahari, setiap kumpulan perlu melengkapkan tugasan-tugasan mereka.

Untuk pagi ini, kumpulan burung dan serangga menaiki bot menyelusuri sungai Kuala Gula untuk menyiapkan tugasan mereka. Hari ini kumpulan serangga berpeluang naik ke tebing hutan untuk memerhati dan menangkap serangga.


Habitat memerang


Kumpulan burung pula, masih dengan aktiviti pemerhatian burung. Namun, untuk kali ini, mereka turut merakam beberapa video untuk kerja lapangan mereka. Dalam kerja lapangan itu, mereka banyak dibantu oleh En. Wahab iaitu penduduk tempatan yang juga merupakan ahli Sahabat Hutan Bakau.

Kumpulan hutan paya bakau pula memilih untuk ke Bund Chu Kau bagi memerhati serta melengkapkan tugasan modul dokumentasi alam. Banyak perkara menarik yang mereka temui di kawasan tersebut antaranya mereka dapat melihat biawak dan sarangnya yang unik iaitu di dalam pokok serta mereka turut dapat melihat beberapa ekor lintah bulan.

Habitat biawak

Peserta membuat video dokumentasi alam

Sebahagian kumpulan modul hutan


Pada waktu petang pula, iaitu dari jam 2 petang ke 6 petang adalah waktu untuk menyiapkan slaid pembentangan serta video untuk modul dokumentasi alam. Semua peserta bertungkus-lumus menyiapkan tugasan masing-masing disebabkan oleh fasa EDUCATE yang akan bermula pada esok hari, iaitu dari 11-13 April 2014.

Waktu malam kami diisi dengan perkongsian mengenai sosio-ekonomi oleh Dr. Zaini iaitu pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau berkongsi banyak ilmu yang jarang-jarang diketahui oleh peserta, justeru pengisian pada malam ini sangat berguna khususnya untuk kami melaksanakan aktiviti sosio-ekonomi pada esok hari.

Kenangan bersama Dr. Zaini Sakawi


Setelah mendengar pengisian selama sejam, kami meneruskan aktiviti perbentangan hasil untuk hari ini, termasuklah perkembangan slaid dan video untuk modul masing-masing.

Sekian dahulu 'update' kami untuk hari ini, sehingga berjumpa lagi.

Assalammualaikum =)


Post Publisiti dan Multimedia 2014

Wednesday 9 April 2014

Hari ke-5

Rabu, 9 april 2014

Pagi April di K
uala Gula sangat nyaman dan segar diindahi dengan flora fauna yang pelbagai. Seperti semalam juga, kami masih dalam fasa EMBRACING, justeru perlu untuk kami menyelesaikan segala tugasan modul-modul kami. 

Selepas bersarapan, setiap modul bergerak mengikut rancangan masing-masing. Bagi kumpulan burung dan hutan paya bakau, mereka menaiki bot menyelusuri sungai Kuala Gula untuk melengkapkan tugasan modul disamping memerhati serta menikmati keindahan alam ciptaan Illahi. Kumpulan hutan paya bakau, mereka menyiapkan tugasan modul dokumentasi alam, manakala kumpulan burung pula meneruskan aktiviti pemerhatian burung untuk melengkapkan modul mereka. Selepas selesai dengan dokumentasi alam, kumpulan hutan paya bakau kembali semula ke resort untuk melakukan pengawetan 7 sampel biji benih pokok di hutan paya bakau.

Untuk kumpulan serangga pula ke Bund Chu Kau untuk memasang perangkap. Perangkap yang mereka gunakan ialah ‘yellow pan’ iaitu perangkap yang menggunakan bekas berwarna kuning diisi dengan sabun. Selain itu, mereka meneruskan aktiviti menangkap serangga. Selepas itu, mereka kembali ke resort untuk melakukan pengeringan dan pengawetan sampel.

Pada sebelah petang pula, iaitu dari pukul 2 hingga 4 petang, semua peserta meneruskan aktiviti sosio-ekonomi bersama penduduk tempatan. Tugasan kami petang ini ialah mencuci bot nelayan. Apabila tugasan ini diberi malam sebelumnya, rata-rata peserta berasa teruja kerana ini merupakan pengalaman baru buat mereka.

Kumpulan Modul Hutan

Melakukan pemerhatian burung



Ketika membersihkan bot

Sesi penerangan tentang penternakan ikan 

Pada waktu malam pula, kami diberi perkongsian mengenai kelip-kelip oleh En Sonny Wong yang arif mengenai kelip-kelip. Beliau merupakan pegawai Malaysian Nature Society (MNS). Pengisian selama sejam amat bermakna kerana peserta dapat menambah ilmu mengenai kelip-kelip. 

Selepas perkongsian tersebut, kami teruskan aktiviti dengan membentang hasil dapatan untuk hari ini serta membentang strategi untuk hari esok pula.

Secara keseluruhan, aktiviti untuk hari ini menarik lebih-lebih lagi kami berpeluang untuk mencuci bot nelayan serta dapat mendengar perkongsian mengenai kelip-kelip. Aktiviti malam ini tamat awal dan kami terus pulang ke bilik untuk berehat dengan secukupnya sebagai persediaan aktiviti untuk hari esok.

Sekian, terima kasih dan selamat malam =)




Post Publisiti dan Multimedia 2014

Tuesday 8 April 2014

Hari keempat (EMBRACE)

Selasa, 8 april 2014

Bermulanya pagi tadi, semua ahli sibuk dengan urusan modul masing-masing. Seperti yang sedia maklum, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan yang masing-masing memilih modul yang berbeza, iaitu modul hutan paya bakau, burung dan juga serangga. Pembahagian kumpulan adalah 7:8:7 iaitu 7 orang untuk modul hutan paya bakau dan serangga, dan selebihnya 8 orang untuk modul burung.

Bermula jam 9 pagi, setiap kumpulan bergerak mengikut perancangan yang telah dirangka malam sebelumnya. Bagi modul hutan paya bakau, mereka dikehendaki melengkapkan modul di hutan paya bakau, manakala untuk kumpulan burung dan serangga pula ke Bund Chu Kau untuk melaksanakan tugas mereka. Setiap kumpulan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk melengkapkan aktiviti-aktiviti modul sebelum pulang ke resort untuk berehat. Pada sebelah petangnya pula, kami dikehendaki melakukan aktiviti sosio-ekonomi bersama penduduk tempatan. Aktiviti sosio-ekonomi sangat seronok berikutan kerana kami dapat berinteraksi dan memahami kehidupan penduduk tempatan. Antara aktivitinya ialah menemuramah ahli Sahabat Hutan Bakau yang berpengalaman dalam bidang kraftangan. Contohnya seperti kraftangan daripada kulit kekerang, surat khabar dan majalah serta produk-produk tempatan seperti jem, keropok, air kordial dan macam-macam lagi. 





Selepas aktiviti sosio-ekonomi, kami meneruskan kembali melakuakan aktiviti modul masing-masing. Bagi kumpulan burung dan hutan paya bakau, mereka ke Bund Chu Kau untuk urusan masing-masing. Bagi kumpulan burung, mereka terus memerhati burung di tempat yang sama pada sebelah pagi, manakala kumpulan hutan paya bakau pula melengkapkan tugasan untuk modul dokumentasi alam. 



Kawasan sekitar Bund Chu Kau

Setelah itu, kami berkumpul semula pada sebelah malam untuk membincang dan membentang hasil serta merancang perjalanan aktiviti untuk keesokan harinya pula. Secara keseluruhannya, aktiviti EMBRACING pada hari ini sangat menarik dan rata-rata peserta berasa teruja dengan pengalaman yang kebanyakannya tidak pernah mereka rasai. 



Post Publisiti dan Multimedia

Monday 7 April 2014

Hari ketiga di Kuala Gula 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Hasil semaian kami = 109 biji benih

Bertemu kita sekali lagi wahai pembaca-pembaca yang setia mengikuti update2 terkini mengenai perkembangan kami.. Hari ini merupakan hari lawatan yang bermula dengan lawatan ke Jabatan PERHILITAN yang terletak di hadapan chalet kediaman. Di jabatan PERHILITAN kami didedahkan dengan burung laut yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Melalui lawatan tersebut, kami mula mengenali beberapa spesies burung laut sepeti bangau uteh, burung pekaka, burung kedidi dan lain-lain lagi. Lawatan di Jabatan PERHILITAN mengambil masa hampir dua jam.



Selepas itu, kami ke agenda seterusnya iaitu lawatan ke Hutan Paya Laut Matang. Perjalanan ke Matang mengambil masa selama sejam dari tempat penginapan kami. Setibanya di situ, kami disambut dengan penuh ramah oleh renjer hutan yang mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kami. Menurut Pn Baizura iaitu ketua ranger hutan kawasan Matang, pusat pengurusan di Hutan Paya Laut Matang adalah yang terbaik di dunia. Tambahan pula, kami juga turut berpeluang menyemai sebanyak 109 biji benih bakau minyak. Kami juga dibawa ke kilang pemprosesan kayu arang di situ, dan penerangan diberikan oleh En Chua yang telah mewarisi perniagaan keluarga lebih daripada 60 tahun. Di kilang tersebut, kami mengetahui langkah-langkah penghasilan kayu arang yang mengambil masa selama 32 hari. Penghasilan kayu arang ini memerlukan penggunaan api yang besar, api yang kecil dan kemudian melalui proses penyejukan.


Antara hasil kraftangan yang berjaya dibuat.. >_<

Kemudian, kami pulang ke Kuala Gula Sanctuary Resort untuk pengisian yang seterusnya iaitu perkongsian slot bersama Sahabat Hutan Bakau yang diketuai oleh En Azhar. Pengisian pada petang tadi sangat seronok dan menarik kerana kami bukan sahaja didedahkan mengenai hutan bakau di Kuala Gula, bahkan kami turut diajar serba sedikit untuk menghasilkan kraftangan daripada majalah dan kulit-kulit kekerang. Kami juga didedahkan tentang penghasilan keropok, kordial, jus dan teh dari daun pokok jeruju. Pada sebelah malam pula, kami berkumpul semula untuk pemilihan modul untuk bahagian Embracing pula. Walaupun hari ini agak padat dengan aktiviti, namun secara keseluruhannya, kami sangat seronok dan berpuas hati dengan ilmu dan pengalaman yang kami peroleh untuk kali ini.

Bersama Sahabat Hutan Bakau (SHB)



Sekian, dan jumpa kembali esok hari. =)



Post Publisiti dan Multimedia

Sunday 6 April 2014

Hari kedua.. :)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Peserta SEE Nature 2014, Kuala Gula, Perak


Pada 6 April 2014, perjalanan hari kedua kami pun bermula dengan slot perkongsian mengenai pemerhatian mamalia oleh Pn. Nadiatur Akma. Kemudian disambung oleh Dr. Faszly Rahim tentang The Awkward, The Bizarre and The Cryptic (ABC). Selain itu, kami juga turut memperolehi ilmu tentang Macrography dan Videography. Pada waktu tengahari, kami membuat praktikal tentang cara-cara mengambil gambar dan membuat dokumentasi. Kami juga menaiki bot untuk melihat hutan paya bakau dengan lebih dekat termasuk cuba menangguk kerang. Pada sebelah malam, kami semua telah melawat kawasan kelip-kelip di Kg. Dew.




Melihat hutan paya bakau

Dr. Faszly Rahim





Hari ini kami berasa lebih dekat dengan alam sekitar dan belajar betapa pentingnya alam sekitar kepada manusia. Bersamalah kita memeliharanya..



Post Publisiti dan Multimedia 2014 


Saturday 5 April 2014

Pengembaraan bermula...!!!


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah kami telah selamat sampai di Kuala Gula Sanctuary Resort, Perak pada 4 April 2014 jam 10 malam.

Hari pertama (5/4/14)

Aktiviti kami bermula dengan slot perkongsian 1 oleh Dr Farah Shafawati daripada Fakulti Sains dan Teknologi, UKM mengenai pemerhatian burung. Kemudian aktiviti diteruskan dengan slot perkongsian 2 mengenai Kepelbagaian dan Biologi Odonata di Semenanjung Malaysia oleh Prof. Madya Choong Chee Yen. Pada 10.30 pagi, kami membuat praktikal untuk aktiviti pemerhatian burung di kawasan sekitar.

Dr. Farah Shafawati

Prof Madya Dr. Cheong Chee Yen


 


Pemerhatian burung


Pada sebelah petang pula, aktiviti diteruskan dengan slot perkongsian 3 dan 4 iaitu Peranan Spesies Hymenoptera di beberapa Ekosistem serta perkongsian mengenai Kumbang.

Sesi taklimat

Operasi mencari serangga
Pada sebelah malam, misi diteruskan dengan slot mengenai Penjelajahan Hutan Paya Bakau oleh PM Dr. Wan Juliana Wan Ahmad. Hari ini merupakan hari yang panjang kerana hari pertama pengembaraan bermula walaubagaimanapun pelbagai info dan pengalaman baru yang kami peroleh. 



Post Publisiti dan Multimedia