Assalamualaikum semua..salam sejahtera dan salam perpaduan. Bertemu lagi
kita dalam kisah pengembaraan SEE Nature bukan pengembaraan Upin dan Ipin ye..
hehe..
Detik ini, saya nak
kongsikan cerita tentang program yang telah kami lakukan bersama penduduk
kampung iaitu Hari Sukaneka bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Hari
Sukaneka ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara peserta SEE
Nature dan penduduk kampung Tersusun.
Ia juga diadakan adalah
untuk memupuk sifat kerjasama dalam pasukan dan melahirkan pelajar yang dapat
melakukan kerja dalam suatu organisasi. Yang pastinya, apa yang kita dapat
selepas mengadakan aktivti tersebut tidak dapat diungkap dengan kata-kata dan
hanya dapat menzahirkan melalui senyuman. Haa..ceq senyum je memanjang
tambah-tambah lagi bila abang Man turut serta dalam aktiviti ini. Haha.. jangan
ambil hati ceq cuma bercanda. Sebenarnya kami nak tunjuk yang kami hargai
kerjasama dari penduduk-penduduk kampung ni haa..
Ni la abang Man.. :)
Bagi memastikan program ini dapat berjalan
dengan sempurna, kami telah mengadakan beberapa perbincangan bersama pengarah
projek selama 3 hari berturut-turut pada fasa embrace. Kami juga telah mengedar
flyers kepada penduduk kampung supaya mereka mendapat maklumat tentang aktiviti
yang diadakan.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah
kopek kerang. Almaklumlah penduduk kat sinikan semuanya terror-terror kopek kerang.
Jadi kami nak la tahu sape yang paling terror dalam acara ini. Memang terbukti penduduk
kampung Tersusun begitu handal dan cekap dalam acara ini.
Selain itu, terdapat juga acara seperti boling padang, cari gula-gula
dalam tepung dan bermain bola sepak berkain batik.
Mak Teh paling sporting..!
Yeayy dapat main bola..syiokkk habis..
Adik-adik yang menjadi penyeri sukaneka
Alamak, lupa nak angkat baju pulak. Nampaknya, pertemuan kita setakat ini sahaja. Moga berjumpa di lain hari.
Sekian,wassalam.
No comments:
Post a Comment