Wahhhhhh.. excitednya kami semua hari ini.. nampaknya makin banyak ilmu yang bakal kami peroleh..
Bismillahirahmanirrahim..
Hari ini kami telah berjaya mendengar slot perkongsian modul 1,2 & 3 iaitu Penjelajahan Hutan Paya Bakau, Kelip-kelip dan Taklimat Pemerhatian Burung.
Untuk modul 1, iaitu Penjelajahan Hutan Paya Bakau yang disampaikan oleh PM Dr. Wan Juliana Wan Ahmad, kami dapat mengenal pasti fungi-fungsi paya bakau. Antaranya adalah sebagai penahan ombak, penahan ribut taufan, bertindak sebagai penebat banjir dan sebagai penyimpan karbon (6 kali ganda berbanding pokok daratan). Seterusnya, terdapat 3 jenis akar iaitu akar jangkang, akar lutut dan akar pensil. Terdapat pelbagai spesis haiwan utama di paya bakau. Contohnya ialah jenis ikan, ketam, belangkas, kerang, siput, kepah dan lokan. Terdapat juga spesis burung di sini. Contohnya burung Botak, Pucung seriap dan Helang merah.
Bagi Modul 2, kami begitu gembira untuk mengetahui jenis-jenis burung yang ada di dunia. Modul ini disampaikan oleh En. Faiq Hamdan. Terdapat banyak ciri-ciri burung termasuklah mempunyai 2 kaki (bipedal), badan yang mempunyai bentuk aerodinamic dan sebagainya. Cara pemakanan burung terbahagi kepada 4 iaitu insektivor, frugivor, omnivor dan karnivor. Selain itu, kepentingan burung ialah sebagai kawalan biologi dan ejen penyebaran.
Bagi modul 3 pula, Kelip-Kelip yang disampaikan oleh PM Dr. Norlela, Kelip-kelip adalah sejenis serangga yang dikelaskan di bawah famili Lampyridae dalam order yang terbesar iaitu kumbang. Kelip-kelip mempunyai cahaya yg unik kerana ia tidak melindungi infra merah atau ultra ungu. Untuk mengenal pasti jantina, kita boleh melihat pada segmen cahaya di mana jantan mempunyai 2 segmen manakala betina hanya mempunyai satu segmen.
Haaaaaa....inilah waktu yang kami tunggu-tunggukan.. Penjelahan Hujan Paya Bakau dan Praktikal Burung. Semua peserta begitu enjoyyyy dengan scenery dan disajikan..
burung botak |
Pada sesi malam pula, kami sepatutnya meneruskan aktiviti iaitu lawatan ke Kg. Dew untuk melihat kelip-kelip tetapi terpaksa ditunda akibat hujan yang lebat dan digantikan dengan slot perkongsian khas SEE Nature ABC oleh Dr. Faszly Rahim.
Sekian.. Nantikan perkongsian pengembaraan seterusnya.. :)
No comments:
Post a Comment