Selamat Datang

Selamat Datang

Tuesday 21 October 2014

Pengembaraan SEE Nature (Hari Ke-4)


Assalamualaikum..

    Pada hari Isnin (20/10/2014), merupakan hari ke-4 bagi kami untuk program ini.  Pada pukul 7.30 pagi, ada sedikit taklimat ringkas daripada PM Dr. Wan Juliana Wan Ahmad.  Sesi ini ialah untuk mengenali peserta, dan untuk mengenal apa masalah dan pendapat daripada peserta sepanjang program ini.  Seterusnya, kami pergi ke PERHILITAN dengan berjalan kaki, di mana di sana kami dapat melihat sedikit pameran tentang burung-burung, dan hutan paya bakau yang ada di Kuala Gula ini. Kami juga diberi taklimat oleh seorang pegawai yang bertugas di sana,En. Safiee .  Melalui taklimat ini, kami dapat mengetahui bahawa PERHILITAN berfungsi sebagai konservasi Ex-Situ dan In-Situ, ekopelancongan, pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam, perundangan dan penguatkuasaan serta kawasan perlindungan bagi haiwan-haiwan.  Selain itu, kami juga dapat mengetahui akan jenis-jenis burung yang wujud di Kuala Gula ini.





 En. Safiee

 PM Dr. Wan Juliana Wan Ahmad memberikan cenderahati penghargaan kepada En. Safiee




    Setelah selesai aktiviti di PERHILITAN, seterusnya kami membuat lawatan pula ke Jabatan Perhutanan Negeri Perak di mana tempat ini merupakan Pusat Eko-Pelajaran Matang-Larut.  Di mana di sini kami diberi taklimat oleh  En. Nadzruddin tentang kepentingan hutan paya bakau dan sebagainya.  Selain itu, kami juga dibawa oleh fasilitator mengelilingi hutan paya bakau di situ. Seterusnya, kami membuat sedikit lawatan ke Pusat Penghasilan Kayu Arang, di mana di sini  En. Nadzruddin menerangkan tentang cara-cara membuat arang dan di mana sebenarnya hasil arang itu.  Kami juga dapat melihat dapur yang membuat arang serta cara-caranya itu sendiri dengan mata kami sendiri.  Selesai sahaja lawatan tersebut, kami bergerak semula ke bahagian hutan paya bakau untuk melalui sendiri pengalaman menanam paya bakau.  Kami harus memasuki lumpur untuk menanam pokok tersebut dengan meletakkan lumpur di dalam poli bag, seterusnya mencucuk salah satu pucuk kayu bakau ke dalam poli bag tersebut.  Bag itu kemudiannya kami letakkan di tempat persemaian.


En. Nadzruddin


Peserta bersama En. Nadzruddin

   Pada malamnya, kami dibahagikan modul oleh fasilitator-fasilitator.  Ada 3 modul, iaitu modul Hutan Paya Bakau, Serangga dan Burung.  Seterusnya, kami perlu duduk di dalam kumpulan dan membincangkan serta membentang tentang kaedah pensampelan yang akan kami gunakan serta plot dokumentari kami nanti.  Slot tamat pada pukul 12.00 a.m.


Post Publisiti dan Multimedia~

No comments:

Post a Comment