Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pejam celik-pejam celik, sekejap sahaja hari pengembaraan kami sudah masuk hari ke-3. Jadi apa yang nak diceritakan hari ni ya? Pada hari ini, kami lebih banyak mempelajari tentang serangga, cara-cara pemerhatian dan pendokumentasian, sosio-ekonomi, kraftangan serta cara-cara untuk menangkap gambar serta video.
Pada pukul 8.15 pagi, kami mendengar sedikit perkongsian daripada Dr. Izfa Riza Hazmi dan Dr. Salmah Yaakop tentang "Serangga", di mana tajuk ini merupakan salah satu daripada modul yang harus kami pelajari serta kuasai supaya dapat diajar pada orang lain di masa akan datang. Melalui slot ini, kami dapat mengetahui bahawa sebenarnya 80% serangga yang merangkumi muka bumi ini. Selain itu, kami juga dapat mempelajari tentang pengelasan saintifik serta kumpulan serangga. Sebagai contoh, kupu-kupu dan rama-rama berada di dalam kumpulan Lepidoptera.
Pada pukul 10.30 pagi pula, kami teruskan aktiviti kami dengan praktikal serangga. Kami sendiri pergi ke luar untuk menangkap serangga. Kami diberikan satu alatan seperti "net" untuk aktiviti ini.
Di sini, kami dapat mempelajari cara-cara untuk menangkap serangga dengan menggunakan sauk serta dapat mengetahui akan keindahan makhluk ciptaan Tuhan dengan memerhati serta meneliti struktur tubuh serangga tersebut apabila telah berjaya ditangkap.
Pada pukul 11.30 pagi pula, aktiviti kami diteruskan lagi dengan slot "Pemerhatian & Dokumentasi Alam" oleh Pn. Nadiatur Akmar. Di sini, beliau menerangkan tentang ciri-ciri Mamalia, kaedah-kaedah cerapan serta barang yang diperlukan apabila ingin melakukan pemerhatian terhadap haiwan.
Seterusnya, Dr. Faszly Rahim pula menerangkan tentang cara-cara membuat dokumentari serta menunjukkan beberapa contoh daripada hasil kerjanya.
Pn. Nadiatur Akmar
Dr. Faszly Rahim
Pada pukul 2.00 petang pula, sesi bersama En. Hardy. Beliau mengajar tentang perkara-perkara yang perlu dititik-beratkan semasa membuat filem ataupun dokumentari. Pada pukul 3.10 petang pula, aktiviti disambung dengan slot perkongsian Sosio-ekonomi oleh Dr. Zaini Sakawi. Beliau menerangkan tentang keperluan kajian SE, cara pensampelan dan sedikit kaedah kajian. Beliau juga memberikan kami 3 soalan sebagai tugasan. Slot ini tamat pada pukul 4.00 petang. Pada pukul 4.30 petang pula, slot bersama dengan Sahabt Hutan Bakau (SHB) pula. Kami diajar tentang cara-cara membuat kerongsang serta bakul dengan menggunakan majalah.
En. Hardy menunjukkan peralatan yang digunakannya dalam mengambil gambar
En. Hardy menunjukkan pakaiannya ketika memasuki hutan
Dr. Zaini Sakawi
Foto
Foto beramai-ramai bersama Dr. Zaini Sakawi
Slot bersama SHB
Sepanjang perjalanan di dalam bot, masing-masing cuba untuk mengambil gambar dan video kelip-kelip yang bercahaya, tetapi malangnya ia amat sukar. Walaubagaimanapun, ia merupakan suatu pengalaman yang menarik.
Kami bertolak semula ke resort pada pukul 9.25 malam. Setibanya kami di sana, aktiviti kami disambung dengan slot bersama En.Hardy bersama-sama isterinya. Beliau menunjukkan hasil-hasil kerjanya kepada kami sebagai inspirasi untuk kerja-kerja yang akan kami lakukan. Manakala isterinya pula mengajak kami bermain dengan permainan 'matematik' yang dibawanya.
Slot tamat pada pukul 12.30 malam.
Post Publisiti dan Multimedia
No comments:
Post a Comment