Setelah beberapa hari sesi temuduga dijalankan, seramai 25 orang pelajar UKM terpilih untuk menyertai program SEE Nature. Para peserta terdiri daripada berlainan fakulti. Antaranya ialah FST, FEP, FKAB dan FSK. Sebelum tibanya hari untuk memulakan pengembaraan, kami membuat beberapa siri perjumpaan untuk mempersiapkan diri dan berbincang mengenai gerak kerja masing-masing.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengenai pengenalan program, tayangan, pembentangan tentatif, aktiviti suai-kenal dan lain-lain.
![]() |
Bersama fasilitator program En. Muhammad Arrabe' |
![]() |
Sebahagian peserta SEE Nature |
Selain itu, antara aktiviti yang menarik kami lakukan ialah aktiviti 'jatuh CINTA pandang pertama'.
Mesti anda tertanya-tanya apakah aktiviti tersebut bukan? Ini adalah aktiviti yang dicadangkan oleh ketua pengarah kami sendiri iaitu Mohd Syazwan. Aktiviti ini memerlukan setiap peserta melukis gambar muka sendiri menggunakan tangan kiri ataupun tangan yang tidak biasa digunakan. Setelah itu, kami akan menukarkan kertas dengan yang lain tanpa mengetahui siapakah tuan punya kertas tersebut. Kami akan menulis tiga perkara tentang pandangan pertama yang kami nampak mengenai lukisan muka tersebut dan tukar lagi antara satu sama lain sehingga tiga kali. Akhirnya orang yang ke-4 akan meneka siapakah muka yang begitu menarik hati itu. hehe.. Maka terjadilah suasana yang menggelikan hati dan menghiburkan.. ^_^
Cuba teka lelaki ke perempuan?? |
Dengan adanya aktiviti seperti ini, kami berasa lebih rapat dan mengenali antara satu sama lain. Ini mengeratkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin. Semoga perjalanan program ini berjalan lancar. <3
~Post Publisiti dan Multimedia~
No comments:
Post a Comment