Jumaat 11 April 2014
Pagi ceria kami bermula dengan melakukan tinjauan rumah penduduk tempatan. Tinjauan ini adalah sempena aktiviti sosio-ekonomi yang harus kami lakukan dengan bantuan Dr. Zaini, iaitu pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Tinjauan kami bermula dari jam 8 pagi hingga ke 10 pagi. Para peserta dibahagi kepada 3 kumpulan, iaitu mengikut kumpulan asal modul. Kumpulan burung dan serangga melakukan tinjauan di Jalan Pipit, manakala kumpulan hutan paya bakau melakukan tinjauan di lorong pertama di Kampung Tersusun.

Mengisi borang soal selidik |
Apabila tamat sesi tinjauan, kami diberi taklimat mengenai Kempen Kesedaran Alam oleh saudara Arrabe’. Selepas itu, kami berkumpul untuk melakukan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran generik para peserta. Antara aktiviti yang dilakukan ialah ‘Dengarlah Ucapanku’, ‘Pereka Teknologi Alam’ dan ‘Skrip Cerpen Mantap’.
Pemantapan kemahiran generik |
Dengarlah ucapanku merupakan aktiviti untuk melatih dan memupuk keyakinan peserta untuk berucap di khayalak ramai. Manakala, pereka teknologi alam pula melatih peserta untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Skrip cerpen mantap pula melatih peserta untuk berfikir dengan pantas dan kreatif.
Pada sebelah petang, kami meneruskan perbincangan untuk Kempen Kesedaran Alam. Kemudian, pada jam 5 petang pula, kami bersukan bersama belia dan penduduk tempatan. Peserta lelaki bermain bola sepak bersama belia lelaki, manakala peserta perempuan pula bersukan bersama kanak-kanak dan penduduk tempatan. Kebanyakan sukan yang dimainkan ialah sukan rakyat seperti ‘pukul berapa datuk harimau’ dan lain-lain lagi.
Peserta bermain bola sepak bersama belia kampung |
Aktiviti bersama masyarakat |
Pada waktu malam pula, kami meneruskan perbincangan untuk Kempen Kesedaran Alam dan perbincangan kami berakhir dengan awal untuk kami beristirehat.
Secara keseluruhan, hari kami untuk hari ini berakhir dengan ceria dan gembira meskipun agak penat dengan aktiviti yang padat.
Untuk itu, sehingga berjumpa lagi =)
Post Publisiti dan Multimedia 2014
No comments:
Post a Comment