Selamat Datang

Selamat Datang

Thursday 10 April 2014

Hari ke-6 program SEE Nature 2014

Khamis, 10 April 2014

Hari ini merupakan hari terakhir bagi fasa EMBRACING. Seperti hari yang sebelumnya, waktu pagi kami iaitu dari jam 8 hingga 12 tengahari, setiap kumpulan perlu melengkapkan tugasan-tugasan mereka.

Untuk pagi ini, kumpulan burung dan serangga menaiki bot menyelusuri sungai Kuala Gula untuk menyiapkan tugasan mereka. Hari ini kumpulan serangga berpeluang naik ke tebing hutan untuk memerhati dan menangkap serangga.


Habitat memerang


Kumpulan burung pula, masih dengan aktiviti pemerhatian burung. Namun, untuk kali ini, mereka turut merakam beberapa video untuk kerja lapangan mereka. Dalam kerja lapangan itu, mereka banyak dibantu oleh En. Wahab iaitu penduduk tempatan yang juga merupakan ahli Sahabat Hutan Bakau.

Kumpulan hutan paya bakau pula memilih untuk ke Bund Chu Kau bagi memerhati serta melengkapkan tugasan modul dokumentasi alam. Banyak perkara menarik yang mereka temui di kawasan tersebut antaranya mereka dapat melihat biawak dan sarangnya yang unik iaitu di dalam pokok serta mereka turut dapat melihat beberapa ekor lintah bulan.

Habitat biawak

Peserta membuat video dokumentasi alam

Sebahagian kumpulan modul hutan


Pada waktu petang pula, iaitu dari jam 2 petang ke 6 petang adalah waktu untuk menyiapkan slaid pembentangan serta video untuk modul dokumentasi alam. Semua peserta bertungkus-lumus menyiapkan tugasan masing-masing disebabkan oleh fasa EDUCATE yang akan bermula pada esok hari, iaitu dari 11-13 April 2014.

Waktu malam kami diisi dengan perkongsian mengenai sosio-ekonomi oleh Dr. Zaini iaitu pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau berkongsi banyak ilmu yang jarang-jarang diketahui oleh peserta, justeru pengisian pada malam ini sangat berguna khususnya untuk kami melaksanakan aktiviti sosio-ekonomi pada esok hari.

Kenangan bersama Dr. Zaini Sakawi


Setelah mendengar pengisian selama sejam, kami meneruskan aktiviti perbentangan hasil untuk hari ini, termasuklah perkembangan slaid dan video untuk modul masing-masing.

Sekian dahulu 'update' kami untuk hari ini, sehingga berjumpa lagi.

Assalammualaikum =)


Post Publisiti dan Multimedia 2014

No comments:

Post a Comment