Selamat Datang

Selamat Datang

Tuesday 8 April 2014

Hari keempat (EMBRACE)

Selasa, 8 april 2014

Bermulanya pagi tadi, semua ahli sibuk dengan urusan modul masing-masing. Seperti yang sedia maklum, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan yang masing-masing memilih modul yang berbeza, iaitu modul hutan paya bakau, burung dan juga serangga. Pembahagian kumpulan adalah 7:8:7 iaitu 7 orang untuk modul hutan paya bakau dan serangga, dan selebihnya 8 orang untuk modul burung.

Bermula jam 9 pagi, setiap kumpulan bergerak mengikut perancangan yang telah dirangka malam sebelumnya. Bagi modul hutan paya bakau, mereka dikehendaki melengkapkan modul di hutan paya bakau, manakala untuk kumpulan burung dan serangga pula ke Bund Chu Kau untuk melaksanakan tugas mereka. Setiap kumpulan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk melengkapkan aktiviti-aktiviti modul sebelum pulang ke resort untuk berehat. Pada sebelah petangnya pula, kami dikehendaki melakukan aktiviti sosio-ekonomi bersama penduduk tempatan. Aktiviti sosio-ekonomi sangat seronok berikutan kerana kami dapat berinteraksi dan memahami kehidupan penduduk tempatan. Antara aktivitinya ialah menemuramah ahli Sahabat Hutan Bakau yang berpengalaman dalam bidang kraftangan. Contohnya seperti kraftangan daripada kulit kekerang, surat khabar dan majalah serta produk-produk tempatan seperti jem, keropok, air kordial dan macam-macam lagi. 





Selepas aktiviti sosio-ekonomi, kami meneruskan kembali melakuakan aktiviti modul masing-masing. Bagi kumpulan burung dan hutan paya bakau, mereka ke Bund Chu Kau untuk urusan masing-masing. Bagi kumpulan burung, mereka terus memerhati burung di tempat yang sama pada sebelah pagi, manakala kumpulan hutan paya bakau pula melengkapkan tugasan untuk modul dokumentasi alam. 



Kawasan sekitar Bund Chu Kau

Setelah itu, kami berkumpul semula pada sebelah malam untuk membincang dan membentang hasil serta merancang perjalanan aktiviti untuk keesokan harinya pula. Secara keseluruhannya, aktiviti EMBRACING pada hari ini sangat menarik dan rata-rata peserta berasa teruja dengan pengalaman yang kebanyakannya tidak pernah mereka rasai. 



Post Publisiti dan Multimedia

No comments:

Post a Comment