Selamat Datang

Selamat Datang

Monday, 7 April 2014

Hari ketiga di Kuala Gula 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Hasil semaian kami = 109 biji benih

Bertemu kita sekali lagi wahai pembaca-pembaca yang setia mengikuti update2 terkini mengenai perkembangan kami.. Hari ini merupakan hari lawatan yang bermula dengan lawatan ke Jabatan PERHILITAN yang terletak di hadapan chalet kediaman. Di jabatan PERHILITAN kami didedahkan dengan burung laut yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Melalui lawatan tersebut, kami mula mengenali beberapa spesies burung laut sepeti bangau uteh, burung pekaka, burung kedidi dan lain-lain lagi. Lawatan di Jabatan PERHILITAN mengambil masa hampir dua jam.



Selepas itu, kami ke agenda seterusnya iaitu lawatan ke Hutan Paya Laut Matang. Perjalanan ke Matang mengambil masa selama sejam dari tempat penginapan kami. Setibanya di situ, kami disambut dengan penuh ramah oleh renjer hutan yang mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kami. Menurut Pn Baizura iaitu ketua ranger hutan kawasan Matang, pusat pengurusan di Hutan Paya Laut Matang adalah yang terbaik di dunia. Tambahan pula, kami juga turut berpeluang menyemai sebanyak 109 biji benih bakau minyak. Kami juga dibawa ke kilang pemprosesan kayu arang di situ, dan penerangan diberikan oleh En Chua yang telah mewarisi perniagaan keluarga lebih daripada 60 tahun. Di kilang tersebut, kami mengetahui langkah-langkah penghasilan kayu arang yang mengambil masa selama 32 hari. Penghasilan kayu arang ini memerlukan penggunaan api yang besar, api yang kecil dan kemudian melalui proses penyejukan.


Antara hasil kraftangan yang berjaya dibuat.. >_<

Kemudian, kami pulang ke Kuala Gula Sanctuary Resort untuk pengisian yang seterusnya iaitu perkongsian slot bersama Sahabat Hutan Bakau yang diketuai oleh En Azhar. Pengisian pada petang tadi sangat seronok dan menarik kerana kami bukan sahaja didedahkan mengenai hutan bakau di Kuala Gula, bahkan kami turut diajar serba sedikit untuk menghasilkan kraftangan daripada majalah dan kulit-kulit kekerang. Kami juga didedahkan tentang penghasilan keropok, kordial, jus dan teh dari daun pokok jeruju. Pada sebelah malam pula, kami berkumpul semula untuk pemilihan modul untuk bahagian Embracing pula. Walaupun hari ini agak padat dengan aktiviti, namun secara keseluruhannya, kami sangat seronok dan berpuas hati dengan ilmu dan pengalaman yang kami peroleh untuk kali ini.

Bersama Sahabat Hutan Bakau (SHB)



Sekian, dan jumpa kembali esok hari. =)



Post Publisiti dan Multimedia

No comments:

Post a Comment