Selamat Datang

Selamat Datang

Saturday, 23 February 2013

Hari Tanah Bencah Sedunia (World's Wetland Day )


Hari yang sangat ‘sibuk’ dan mencabar bagi kami tiba….’World’s Wetland Day 2013’..
Bagi para fasilitator…hati rasa sangat berdebar-debar untuk berjumpa dengan adik-adik dari SMK Sains Kuala Selangor, SMK Kuala Selangor dan SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Kami bertanggungjawab untuk mengiringi dan berkongi segala ilmu mengenai Taman Alam dengan ‘adik-adik’ kami sepanjang program.

 Persediaan akhir sebelum ketibaan
para tetamu & pengunjung

Antara persediaan akhir, melengkapkan
 'booth'  pameran SEE  Nature.

Beberapa ‘booth’ yang mempamerkan pelbagai maklumat berkaitan paya bakau, hidupan liar dan sebagainya turut dibuka…yang menariknya terdapat pelbagai kraf tangan dan produk-produk bakau seperti jus jeruju dan sos cili berembang turut dipamerkan…penulis sendiri berkesempatan merasai jus jeruju, salah satu jenis buah bakau, yang mana, rasanya memang lazat...UKM turut juga membuka 'booth' pada hari tersebut..

 Hasil kerja para peserta SEE Nature turut dipamerkan
 di 'booth' UKM

 'Poster' mengenai memerang yang dihasilkan
 oleh peserta SEE  Nature yang turut dipamerkan

 Antara 'booth' yang dibuka

 'Booth' Kelab Pencinta Alam Malaysia
 Antara produk bakau, jus jeruju dan sos cili berembang


 Sesi pendaftaran bagi para tetamu

Program dimulakan dengan upacara perasmian (gimmick)…selepas itu, para tetamu terhormat dihidangkan dengan jamuan dan sesi bersama sidang media.

 Ucapan Alu-aluan oleh Prof. Dr. Maketab Mohamed,
 Presiden  MNS


 Ucapan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Saran Kaur Gill,
Timbalan Naib Canselor
 Hal-Ehwal Jaringan  Industri & Masyarakat, UKM

 Ucapan oleh Puan Hajah Noraini Bt. Roslan, Y.D.P.,
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

 Upacara 'Gimmick' perasmian Hari Tanah Bencah Sedunia

 Sesi penyampaian cenderamata

Bagi para peserta SEE Nature, di sinilah tanggungjawab kami bermula…kami sebagai duta Taman alam Kuala Selangor melaksanakan kempen kesedaran alam melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang..seperti lawatan ke paya bakau, pemerhatian burung, pemantauan air dan pembersihan paya bakau. Kami amat berharap agar segala pengalaman  yang dilalui oleh adik-adik kami tersemat di hati sanubari mereka..agar segala pengetahuan dan ilmu yang kami kongsikan bersama mereka dapat disebarkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka…

 Fasilitator (peserta SEE Nature) memberi penerangan
kepada  palajar sekolah tentang  anai-anai


 Fasilitator bersama pelajar sekolah sewaktu
aktiviti pemantauan air

 Fasilitator bersama pelajar sekolah mengutip sampah
 di paya bakau

 Aktiviti menimbang dan mengklasifikasikan sampah
 yang telah dikutip.

Pada sesi petang pula..kempen kesedaran diteruskan dengan bual bicara mengenai kepentingan menjaga sumber air oleh wakil dari LUAS dan bual bicara mengenai hidupan laut. Selain itu terdapat juga tayangan video Paya Bakau yang disediakan oleh peserta SEE Nature. Program tamat pada pukul 3.30 petang.



Pada petang itu juga, setelah semua tetamu pulang…kami dibawa ke ‘North Selangor Coast’ yang terletak di Sg. Buloh untuk aktiviti ‘river cruise’….satu pengalaman yang sangat menarik….yang mana kami dibawa menaiki bot…terdapat banyak burung yang terdiri daripada pelbagai spesis seperti Grey Heron, Little Egret, Camar, Burung Bota dan Kedidi  dan lain-lain ‘mengiringi’ perjalanan kami..satu pemandangan yang sungguh luar biasa…

 Pemandangan di sepanjang pesisiran laut


 Pengalaman menaiki bot
Kami juga berpeluang menangguk kerang dan membawa bot….di samping menimba pelbagai pengalaman menarik, kami juga turut menimba pelbagai ilmu yang dikongsi oleh En. Prasad, En. Ashok dan En. Maichal, wakil dari Taman Alam dan MNS yang turut mengiringi kami pada petang itu..

 Pengalaman menangguk kerang

Syukur..atas segala pengalaman dan ilmu yang sangat berharga yang dapat ditimba sepanjang hari…semoga program seperti SEE Nature diteruskan lagi..supaya dapat memberi peluang dan manfaat kepada lebih ramai mahasiswa lagi…Ribuan terima kasih kami ucapkan atas kesudian pihak pengurusan KSNP yang memberi peluang ini kepada kami ^_^

-Exco Multimedia-

No comments:

Post a Comment