Catatan 3 Februari - 5 Februari 2013
Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana semua aktiviti yang dirancangkan sewaktu Hari Tanah Bencah Sedunia (World's Wetland Day) berjalan lancar. Sekarang, sudah masuk pusingan terakhir bagi kami di SEE Nature 2013, yang mana kami perlu menyiapkan dan mengemaskinikankan segala data hasil kerja lapangan kami. Aktiviti berjalan seperti biasa, pada sesi pagi dan petang, kumpulan burung melakukan aktiviti pemerhatian burung, manakala pada waktu malam pula, kumpulan kelip-kelip melakukan aktiviti pemerhatian kelip-kelip.
|
Pemerhatian burung, kumpulan burung. |
|
Pemerhatian kelip-kelip, kumpulan kelip-kelip |
Pada 4 Februari, kami telah mengadakan sesi rumusan dan maklum balas mengenai Hari Tanah Bencah Sedunia (World's Wetland Day) bersama En. Prasad pada sesi pagi. Kami amat berbesar hati atas segala tunjuk ajar dan kesudian beliau membincangkan isi perbentangan kami. Jutaan terima kasih dari kami...Nasihat beliau pada kami bahawa ilmu dan pengetahuan adalah lebih bermakna jika dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Kami telah mempraktikkannya, di mana segala ilmu yang diperoleh dikongsi bersama masyarakat sewaktu hari kempen dijalankan.
|
Peserta SEE Nature sedang mendengar taklimat
dari En. Prasad, turut sama, En. Ashok |
|
En. Prasad dan peserta SEE Nature |
|
En. Prasad membincangkan hasil kerja peserta |
|
Sesi bergambar setelah sesi perbincangan
|
|
Sesi perbincangan berkumpulan bersama En. Prasad |
Pada sesi petangnya pula, kami amat berbesar hati atas kesudian Prof. Madya Dr. Choong Chee Yen, salah seorang pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pepatung dan pepatung jarum di Semenanjung Malaysia. Kini, para peserta dapat membezakan antara pepatung dan pepatung jarum!
|
Prof. Madya Dr. Choong Chee Yen |
Begitulah kehidupan di sepanjang program SEE Nature, setiap detik dan saat yang berlalu, para peserta dipenuhi dengan limpahan ilmu dan pelbagai tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman. Semua pengalaman dan tunjuk ajar akan tersemat di minda dan hati sanubari kami. ^_^
-Exco Multimedia-
No comments:
Post a Comment