[3rd day of SEE Nature in KSNP]
alhamdulillah jam 12.15 tgh hari kami selamat sampai dan disambut oleh petugas MNS dan KSNP..
 |
Taman Alam Kuala Selangor
(Kuala Selangor Nature Park) |
 |
En. Maichal memberi sedikit penerangan kepada peserta |
 |
En. Ashok yang turut sama menyambut
ketibaan peserta |
 |
Asrama kediaman peserta |
 |
Peserta dibawa melawat kawasan sekitar KSNP oleh En. Ashok |
[jam 6 petang]
Alhamdulillah.....selesai berjalan ke Bukit Melawati dan mendaki anak tangga 114 anak tangga..semput dibuatnya...
Tetapi kenangan yang amat manis buat kami kerana dapat melihat dari jarak yang agak dekat sepasang burung oriental hornbill sedang bertenggek di atas dahan pokok...
 |
Peserta menaiki tangga menuju Bukit Melawati |
 |
114 tangga medaki Bukit Melawati |
 |
Rumah api yang terdapat di puncak
Bukit Melawati yang masih lagi berfungsi. |
 |
En. Ashok turut sama mengiringi peserta melawat
Bukit Melawati |
 |
Salah satu kawasan bersejarah di puncak Bukit Melawati |
 |
Burung enggang yang dapat dilihat oleh peserta. |
Selepas melawat Bukit Melawati, para peserta menuju ke Kampung Kuantan untuk menaiki bot dan melihat kelip-kelip dari jarak dekat...
 |
Pemandangan dari jeti pada waktu petang. |
 |
Pemandangan senja dari jeti; di kiri dan kanan sungai terdapat
pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip. |
 |
Peserta SEE Nature sebelum menaiki bot. |
 |
Buah berembang. |
[jam 10malam]
Pelbagai reaksi para peserta selepas melalui pengalaman menaiki sampan sambil melihat kelip-kelip...sangat teruja dan menarik. Pakcik-pakcik yang mendayung sampan turut berkongsi maklumat dan menitipkan pesanan dan nasihat.....bagusnya! Kini peserta dapat mengenali spesis kelip-kelip melaui cara kelip-kelip berkelip.Selain itu, peserta juga dapat mengenali pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip dan merasai sendiri buah berembang. Rasanya sedikit masam...sedap..!
sekarang dalam perjalanan pulang ke Taman Alam Kuala Selangor untuk makan malam dan berehat...
Esok masih banyak aktiviti dan ilmu menanti kami!
Bi iznillah...
- urus setia perhubungan-
No comments:
Post a Comment