Selamat Datang

Selamat Datang

Wednesday, 23 January 2013

Hari ke-5 di KSNP


Sesi lapangan bermula pada pukul 7.30 pagi. Aktiviti pemerhatian burung ini tamat pada pukul 10 pagi. 


Aktiviti pemerhatian burung yang diiringi oleh En. Ashok 


Aktiviti Seterusnya adalah sesi teori yang dikendalikan oleh En. Sonny Wong bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari. Semua peserta didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai kelip-kelip seperti spesis kelip, perbezaan antara kelip-kelip jantan dan betina, kitar hidup kelip-kelip, taburan, habitat, ciri-ciri dan pelbagai maklumat mengenai kelip-kelip. Peserta turut didedahkan dengan teknik-teknik dan kaedah untuk mencerap kelip-kelip.

 En. Sonny Wong sewaktu kuliah mengenai kelip-kelip


 En. Sonny Wong menunjukkan demonstrasi
menggunakan GPS


Sekali lagi peserta dibantu oleh En. Michal dan En. Ashok menjalani sesi lapangan di sekitar KSNP. Pelbagai jenis burung yang dapat dicerap seperti helang kuik, burung bulbul dan burung tukang besi.


 Taklimat oleh En. Maichal

 Burung helang kuik

 Monyet di KSNP

Pada malam hari, peserta turut menjalani sesi praktikal pemerhatian kelip-kelip bersama En. Sonny Wong. Aktiviti yang dijalankan di hutan KSNP bermula pada pukul 7.45 malam dan tamat pada pukul 10.30 malam. Sepanjang sesi praktikal, peserta dapat mencerap dua spesis kelip-kelip, habitat kelip-kelip dan larva. Aktiviti ini memberikan satu pengalaman baru dan kepuasan kepada peserta.


 Kelip-kelip yang dijumpai oleh peserta

Kesimpulannya, hari ini merupakan hari yang sangat bermakna buat semua peserta. Pengalaman masuk ke hutan pada waktu maklam untuk mencerap kelip-kelip adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Terima kasih kepada En Sonny Wong atas tunjuk ajar beliau…Semoga hari esok peserta dapat memperolehi  lebih banyak pengalaman dan pengetahuan… ^_^


-Exco Multimedia-

No comments:

Post a Comment