Hari ke-5 di KSNP
Sesi lapangan bermula pada pukul 7.30 pagi. Aktiviti
pemerhatian burung ini tamat pada pukul 10 pagi.
 |
Aktiviti pemerhatian burung yang diiringi oleh En. Ashok |
Aktiviti Seterusnya adalah sesi teori yang dikendalikan oleh
En. Sonny Wong bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari.
Semua peserta didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai kelip-kelip seperti
spesis kelip, perbezaan antara kelip-kelip jantan dan betina, kitar hidup
kelip-kelip, taburan, habitat, ciri-ciri dan pelbagai maklumat mengenai
kelip-kelip. Peserta turut didedahkan dengan teknik-teknik dan kaedah untuk
mencerap kelip-kelip.
 |
En. Sonny Wong sewaktu kuliah mengenai kelip-kelip |
 |
En. Sonny Wong menunjukkan demonstrasi menggunakan GPS |
Sekali lagi peserta dibantu oleh En. Michal dan En. Ashok
menjalani sesi lapangan di sekitar KSNP. Pelbagai jenis burung yang dapat
dicerap seperti helang kuik, burung bulbul dan burung tukang besi.
 |
Taklimat oleh En. Maichal |
 |
Burung helang kuik |
 |
Monyet di KSNP |
Pada malam hari, peserta turut menjalani sesi praktikal
pemerhatian kelip-kelip bersama En. Sonny Wong. Aktiviti yang dijalankan di
hutan KSNP bermula pada pukul 7.45 malam dan tamat pada pukul 10.30 malam.
Sepanjang sesi praktikal, peserta dapat mencerap dua spesis kelip-kelip,
habitat kelip-kelip dan larva. Aktiviti ini memberikan satu pengalaman baru dan
kepuasan kepada peserta.
 |
Kelip-kelip yang dijumpai oleh peserta |
Kesimpulannya, hari ini merupakan hari yang sangat bermakna
buat semua peserta. Pengalaman masuk ke hutan pada waktu maklam untuk mencerap
kelip-kelip adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Terima kasih
kepada En Sonny Wong atas tunjuk ajar beliau…Semoga hari esok peserta dapat
memperolehi lebih banyak pengalaman dan
pengetahuan… ^_^
-Exco Multimedia-