Hari Tanah Bencah Sedunia (World's Wetland Day )
Hari yang sangat ‘sibuk’ dan mencabar bagi kami tiba….’World’s
Wetland Day 2013’..
Bagi para fasilitator…hati rasa sangat berdebar-debar untuk
berjumpa dengan adik-adik dari SMK Sains Kuala Selangor, SMK Kuala Selangor dan
SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Kami bertanggungjawab untuk mengiringi dan berkongi
segala ilmu mengenai Taman Alam dengan ‘adik-adik’ kami sepanjang program.
 |
Persediaan akhir sebelum ketibaan
para tetamu & pengunjung |
 |
Antara persediaan akhir, melengkapkan
'booth' pameran SEE Nature. |
Beberapa ‘booth’ yang mempamerkan pelbagai maklumat
berkaitan paya bakau, hidupan liar dan sebagainya turut dibuka…yang
menariknya terdapat pelbagai kraf tangan dan produk-produk bakau seperti jus jeruju dan sos cili berembang turut dipamerkan…penulis sendiri berkesempatan merasai jus jeruju, salah satu jenis buah bakau, yang mana, rasanya memang lazat...UKM turut juga membuka 'booth' pada hari tersebut..
 |
Hasil kerja para peserta SEE Nature turut dipamerkan
di 'booth' UKM |
 |
'Poster' mengenai memerang yang dihasilkan
oleh peserta SEE Nature yang turut dipamerkan |
 |
Antara 'booth' yang dibuka |
 |
'Booth' Kelab Pencinta Alam Malaysia |
 |
Antara produk bakau, jus jeruju dan sos cili berembang |
 |
Sesi pendaftaran bagi para tetamu |
Program dimulakan dengan upacara perasmian (gimmick)…selepas
itu, para tetamu terhormat dihidangkan dengan jamuan dan sesi bersama sidang media.
 |
Ucapan Alu-aluan oleh Prof. Dr. Maketab Mohamed,
Presiden MNS |
 |
Ucapan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Saran Kaur Gill,
Timbalan Naib Canselor
Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, UKM |
 |
Ucapan oleh Puan Hajah Noraini Bt. Roslan, Y.D.P.,
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) |
 |
Upacara 'Gimmick' perasmian Hari Tanah Bencah Sedunia |
 |
Sesi penyampaian cenderamata |
Bagi para peserta SEE Nature, di sinilah tanggungjawab kami
bermula…kami sebagai duta Taman alam Kuala Selangor melaksanakan kempen kesedaran alam melalui
pelbagai aktiviti yang telah dirancang..seperti lawatan ke paya bakau, pemerhatian burung, pemantauan air dan pembersihan paya bakau. Kami amat berharap agar segala pengalaman yang dilalui oleh adik-adik kami tersemat di
hati sanubari mereka..agar segala pengetahuan dan ilmu yang kami kongsikan
bersama mereka dapat disebarkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka…
 |
Fasilitator (peserta SEE Nature) memberi penerangan
kepada palajar sekolah tentang anai-anai |
 |
Fasilitator bersama pelajar sekolah sewaktu
aktiviti pemantauan air |
 |
Fasilitator bersama pelajar sekolah mengutip sampah
di paya bakau |
 |
Aktiviti menimbang dan mengklasifikasikan sampah
yang telah dikutip. |
Pada sesi petang pula..kempen kesedaran diteruskan dengan
bual bicara mengenai kepentingan menjaga sumber air oleh wakil dari LUAS dan
bual bicara mengenai hidupan laut. Selain itu terdapat juga tayangan video Paya
Bakau yang disediakan oleh peserta SEE Nature. Program tamat pada pukul 3.30
petang.
Pada petang itu juga, setelah semua tetamu pulang…kami dibawa
ke ‘North Selangor Coast’ yang terletak di Sg. Buloh untuk aktiviti ‘river
cruise’….satu pengalaman yang sangat menarik….yang mana kami dibawa menaiki
bot…terdapat banyak burung yang terdiri daripada pelbagai spesis seperti Grey
Heron, Little Egret, Camar, Burung Bota dan Kedidi dan lain-lain ‘mengiringi’ perjalanan
kami..satu pemandangan yang sungguh luar biasa…
 |
Pemandangan di sepanjang pesisiran laut
|
 |
Pengalaman menaiki bot |
Kami juga berpeluang menangguk kerang dan membawa bot….di
samping menimba pelbagai pengalaman menarik, kami juga turut menimba pelbagai
ilmu yang dikongsi oleh En. Prasad, En. Ashok dan En. Maichal, wakil dari Taman
Alam dan MNS yang turut mengiringi kami pada petang itu..
 |
Pengalaman menangguk kerang |
Syukur..atas segala pengalaman dan ilmu yang sangat berharga
yang dapat ditimba sepanjang hari…semoga program seperti SEE Nature diteruskan
lagi..supaya dapat memberi peluang dan manfaat kepada lebih ramai mahasiswa lagi…Ribuan terima kasih kami ucapkan atas kesudian pihak pengurusan KSNP yang memberi peluang ini kepada kami ^_^
-Exco Multimedia-